Ibu bapa mangsa tak nak report atau saman sebab kasihan pada pengasuh

Loading...

"Tak tahulah, baik hati sangat parents budak ini tak nak report atau saman sebab kasihan pada pengasuh itu yang sudah tua dan susah. So, nak saman pun tak ada point," demikian tulis Fara Yusof, individu yang bertanggungjawab memuat naik gambar dan video mangsa melecur teruk terkena air panas akibat kecuaian pengasuh. 

"Bayangkan kos dia sampai berpuluh-puluh ribu. Rezeki keluarga itulah sempat buat insurans beberapa bulan yang lalu, jadi dapatlah cover. 



"Tengoklah jari dia pada gambar pertama dan ketiga. Doktor tak nak bagi dia genggam tangan, jadi doktor cucuk best di setiap jari jemari dia sebab tak nak tangan dia terbuka.

"Sebak tengok keadaan dia dan bayangkan kalau kejadian itu berlaku pada anak sendiri. Berapa minggu dah budak itu tak gerakkan tangan dia sebelah kiri itu. 

"Ya Allah, dia tahu je dia tengah sakit, tapi masih mampu duduk diam. Yang paling sedih, dia tengok saja sepupu-sepupu dia berlari sambil pegang mainan tetapi dia tak boleh. 

"Umur dia baru setahun lebih, seksanya dia. Bagi aku, pengasuh itu wajib diberi pengajaran. Apa benda entah awal-awal saja prihatin bertanya khabar, tetapi senyap. Bodoh! Bayangkanlah bangang macam mana dia nak survive dengan parut apa semua itu bila dewasa kelak," tulis Fara di Twitternya semalam. 





BERITA BERKAITAN: