Jual dadah dibungkus dengan plastik gula-gula

Loading...
Foto Harian Metro

Tindakan licik seorang lelaki dipercayai pengedar dadah yang menjual dadah dibungkus menggunakan plastik gula-gula dan mempunyai logo halal terbongkar apabila ditahan polis di Taman Pertama, Sabtu lalu, lapor Harian Metro

Suspek menggunakan taktik menyimpan dadah methamphetamine dalam bekas gula-gula itu bertujuan mengaburi pihak berkuasa dari mengesan kegiatannya itu. 

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaluddin Kudin berkata, suspek berusia 38 tahun itu juga mempunyai 14 rekod kesalahan lampau ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri yang melakukan pemeriksaan pada jam 4.30 pagi. 

Hasil pemeriksaan ke atas kereta Perodua Myvi yang dinaiki suspek, polis menemui satu kotak yang mengandungi dadah bernilai RM65,500. 

"Polis merampas 200 peket dadah methamphetamine seberat 1,660.8 gram, syabu (101.8 gram) dan 500 pil Eramin5..




"Setiap bungkus dadah berkenaan diletakkan dalam plastik gula-gula itu dijual dengan harga RM250 dan boleh digunakan tiga penagih. Pengguna dadah ini akan memasukkannya ke dalam minuman dan ia sering digunakan di pusat hiburan.

“Ada empat bungkusan perisa gula-gula digunakan iaitu oren, anggur, strawberi dan nanas,” katanya.