Kanak-kanak melecur teruk akibat kecuaian pengasuh

Loading...

Viral beberapa gambar seorang kanak-kanak lelaki melecur teruk di bahagian dada, kedua-dua belah tangan dan kaki kanannya dipercayai akibat terkena air panas di rumah pengasuh di lokasi yang tidak dinyatakan.

Menurut Farah Yusof yang memuat naik gambar-gambar berkenaan berkata, gambar itu diperoleh dari rakan serumahnya yang mendakwa anak rakannya.

"Kasihan sangat adik ini sampai masuk Unit Rawatan Rapi (ICU) hampir tiga minggu disebabkan kecuaian pengasuh. 

"Macam manalah dia (pengasuh) boleh senang saja cakap anak kecil ini terkena air panas yang dia letakkan di bawah? Nampak sangat dia (pengasuh) tengah pegang dan disebabkan kecuaiannya, dia tersimbah mangsa dengan air panas. 

"Seriously terkesan sangat dengan adik ini. Disebabkan ramai yang menghubungi saya bertanya tentang mangsa, jadi saya kongsikan gambar-gambar dan video," katanya, bagaimana tiada sebarang video yang disertakan. 





Sementara itu di media sosial, netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan menasihatkan ibu bapa mangsa membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang agar pengasuh berkenaan dikenakan hukuman setimpal. 

Bagaimanapun, netizen dinasihatkan untuk tidak membuat naik sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya dan menganggap semua pengasuh adalah sama kerana ramai lagi pengasuh di luar sana memberikan perkhidmatan yang baik dan ikhlas menjaga anak-anak majikan seperti anak-anak mereka sendiri.