'Kuku-kuku dia dah mencakar lantai...'

Loading...

Masa duduk rumah bujang dulu, kami duduk bertiga. Aku namakan kawan-kawan aku itu Zira dengan Jue sajalah ye. Si Jue ini bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Ada satu hari itu, dia balik kerja. Memang kebiasaan kitorang makan malam bersama-sama sambil bersembang-sembang tengok tv kalau tak ada aktiviti dating. Masa makan itu dah perasan mata Jue kemerah-merahan, ingatkan masuk habuk ke apa. Jue sepanjang masa itu diam saja. Tak ada bercakap sangat. Kalau tak, dia memang kepoh.

Maghrib itu, Zira saja yang solat sebab aku dengan si Jue period. Jadi kitorang pun tergolek-golek sajalah di katil, melayan perut kekenyangan. 

Masa si Jue baring terlentang, tiba-tiba mata dia terbuntang ke atas. Aku dah menjerit ketakutan sebab dia tiba-tiba begitu. Ingatkan sawan. Selepas itu suara Jue bertukar menjadi suara jantan. Aku pun terus melompat dari katil berpelukan dengan si Zira. 

Masa ini Jue dah macam dalam keadaan dia nak berlawan dengan 'benda' itu dalam badan dia. Aku cepat-cepat tarik tangan Zira dan pergi ke rumah abang sebelah, rumah bujang. Minta mereka tolong tengokkan Jue. 

Penghuni di rumah sebelah ada dua saja. Salah seorangnya nampak alim sikit. Aku sempatlah pakaikan tudung ikat itik pada Jue, segan kan? Nasib baiklah tak ada pakai hotpant ke apa masa itu. Kalau tak, kau rasa jadi apa? 

Abang berdua itu pun datang, kemudian minta makcik depan rumah juga temankan sebab bimbang orang mengata pula bawa jantan. Makcik itu pun telefon ustaz di taman dan minta dia datang segera. 

Ramai jugalah yang datang ke rumah kitorang untuk menyaksikan apa yang berlaku. Selepas itu uztaz minta kitorang bacakan yassin. Aku dah tentu tak boleh, Zira yang duduk di sebalah aku pun menggigil-gigil baca. 

Masa baca ramai-ramai itu, si Jue ini bukan main lagi agresif. Mata terbuntang-buntang nak melompat ke arah kitorang yang duduk membaca ini. Kuku-kuku dia mencakar lantai, eii! Seram! 

Ustaz itu tolong ubatkan apa yang patut. Renjis-renjis air gitu. Lama kelamaan si Jue semakin lemah. Nampak dia seperti sudah mulai sedar. Lega kerana tiada apa-apa yang teruk terjadi pada dirinya. Tetapi menggigil juga benda depan mata jadinya itu. Alhamdulillah, dia okey tetapi dia memang tidak sedar ketika kejadian. 

Kitorang ada tanya dia, bila dia dah sedar kenapa dia jadi begitu? Dia cerita, semasa dia berjalan kaki dengan kawan sekerja nak keluar dari HKL itu, ada lalu di bilik forensik atau bilik mayat HKL. Masa dia lalu di situ, dia nampak ada satu teksi berhenti betul-betul di depan bilik mayat. Tak ada orang keluar masuk teksi tetapi pintu teksi itu terbuka seperti ada orang naik atau turun. 

Kemudian dia pun tegurlah, "Eh? Mana ada orang tu. Kenapa pintu terbuka?" lebih kurang begitu. Sejak dia 'tegur' perkara itu, sampai dia jejak kaki di rumah dia pun macam separa sedar begitu," katanya. Ustaz yang merawatnya kata ada 'benda' yang menumpang. 

Nauzubillah.. patutlah orang selalu berpesan kalau nampak benda pelik-pelik, jangan ditegur. Kelak buruk padahnya. 

Sumber: Elmen