'Malam-malam dia menangis sakit luka pedih disebabkan ekzema' - Puas cuba pelbagai produk/rawatan, ibu bawa jumpa doktor pakar dan rupa-rupanya anak alergik dengan yeast

Loading...

Hati ibu bapa mana yang mampu melihat anak mereka berada dalam menderita menanggung kesakitan, apatah lagi kasihan melihat tangan kanak-kanak perempuan ini yang tidak terbayang akan kesakitannya akibat penyakit ekzema. 

Menurut ibunya, Puan Zurianty Sudin berkata, anaknya menghidap mild ekzema semenjak lahir. Sudah bermacam-macam usaha dan ubat dicuba pada anak perempuannya bernama Aleesya, namun keadaan anaknya masih sama. Sehinggalah Puan Zurianty mencuba rawatan dari pakar kulit di sebuah klinik di Tangkak, Johor, yang mendedahkan punca sebenar anaknya menghidap ekzema. 

OKEY, disebabkan ramai yang bertanya, yes, kami pergi berjumpa dengan Dato Dr Wong Meng Kiang di Tangkak. Ya, Tangkak, Johor. Tak jauh, perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa di bawah dua jam sahaja. 

Aleesya menghidap mild ekzema sejak dilahirkan. Segala jenis ubat dan bermacam-macam doktor sudah ditemui. Paling hampeh di Prince C***t, kata skin specialist bagai tetapi diberi Cetaphil sahaja, yang mana ia boleh didapati di Guardian. 

Sukar untuk kami sebagai ibu bapa untuk memahami ekzema. Lain budak, lain spektrumnya. Jadi memang banyak orang beri tips, produk dan sebagainya, tetapi memang kami try and error la. Bukan semuanya menjadi. 

Memandangkan baby Aleesya dah cuba pelbagai jenis produk, paling okey adalah krim Elomet. Tetapi kalau sehari dua tak letak, akan jadi luka dan berdarah kembali. Kasihan tengok dia malam-malam menangis sakit luka pedih. Lagipun elomet ada steroid, untuk penggunaan jangka masa panjang memang tak elok. 

Sehinggalah satu hari kawan saya kata, "Zu, you asik pergi Tangkak untuk kerja. Tahu tak ada good skin specialist yang you boleh jumpa untuk Aleesya?". Terus teruja nak cuba. 


Tunggu giliran untuk berjumpa dengan skin specialist sejak jam 9 pagi (hingga jam 3.45 petang ketika gambar ini dirakam) sampai sekarang untuk anak kecil ini. Nasib you comel dan mummy can slot in masa nak berkejaran kerja demi you. Tak mudah nak berjumpa dengan doktor ini, tetapi ekzema anak semakin teruk dan saya tiada pilihan untuk berhenti menggunakan elomet, krim steroid.
Jadi, selepas mencari peluang dan masa bila nak bawa budak ini sekali pergi kerja, sekali harung pergi klinik. Akhirnya rezeki kami sampai di Klinik Dr Wong. Dr Wong sangat friendly, banyak sangat nak tanya dia tetapi kasihan orang di luar pun lama tunggu. Tak apalah, next time kita interview dia. 


So basically cara dia adalah mencari punca masalah. Ekzema ini adalah penyakit kulit, tetapi cara nak menyembuhkannya bukan hanya sapu krim semata-mata. Anda perlu tahu apa punca sebenar menyebabkan dia jadi begitu. 

Ini tangan Aleesya beberapa bulan yang lalu, yang paling teruk. Kasihan tengok dia nak ambil barang pun susah. Masa mandi menangis, tengah tidur di waktu malam menangis sebab gatal dan pedih. Sebab itu saya usahakan juga mencari jalan nak sembuhkan ekzema dia ini. 
Ujian pemeriksaan yang dilakukan memang pantas. Dia suruh Aleesya pegang tiub yang mengandungi bahan, suruh saya depakan tangan dan dia akan buat muscle pressure. Sebab Aleesya kecil, jadi Aleesya pegang tiub dan Dr Wng tekan tangan saya. Faham tak? Tak faham tak apa. 

Kemudian selepas beberapa dia menukar tiub, barulah dapat jawapannya. Aleesya mempunyai alahan terhadap yeast (ragi). Semua jenis makanan yang mengandungi yeast perlu dihindari dari Aleesya sekurang-kurangnya dua bulan. Saya tidak tahu bagaimana Dr Wong mengetahui puncanya tetapi itulah cara dia. 

Kemudian Dr Wong berikan krim sapu, antidot untuk Aleesya gunakan setiap hari. Jumlah keseluruhan bil adalah RM300 tetapi saya rasa sangat berbaloi dan tidak rugi untuk mencuba. Kena tahu juga Aleesya punyai alahan terhadap apa sebab dah bertahun-tahun beli krim dan sapu tetapi keadaan Aleesya tak baik juga. 

Aleesya dan Doktor Wong
Jadi, anda bolehlah cuba dapatkan rawatan dengan Dr Wong. Datang seawal jam 8.30 pagi, ambil nombor dan bawa-bawalah bersabar menunggu giliran. Bawalah buku untuk dibaca atau apa-apa saja sementara menunggu giliran. 

Klinik Dr Wong telah di tengah-tengah bandar Tangkak. So nak jalan-jalan melihat keindahan bandar Tangkak pun boleh, ikut suka hati anda. Haha! 

Alamat: 

Dr Wong Specialist Clinic
No 114, Jalan Payamas, Tangkak

No Telefon: 06-9781576

Sekian pesanan khidmat masyarakat. Semoga bermanfaat kepada semua.

Sumber: Zurianty Sudin