'My husband has never ever, not even once, been physical towards me' - Diana

Loading...

Setelah berdiam diri daripada menjawab pelbagai persoalan media dan orang ramai, isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, iaitu Datin Diana Danielle tampil memberikan sedikit penjelasan melalui Instagramnya sebentar tadi. 

Dalam kenyataan ringkasnya itu, Diana mengatakan dia mengambil sedikit masa untuk menerima apa yang berlaku sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan berterima kasih kepada mereka yang menyokong Farid dan dirinya. 

"Assalamualaikum. In light of recent events, I had to take some time to process the situation before I speak. Firstly, thank you for all your support towards my husband and I. 

"Secondly, my husband has never ever, not even once, been physical towards me. I stand by him and we will work towards improving what is needed and strengthening what is already solid. 

"At this point, I will not be answering any questions as I strongly feel it will not serve the situation," tulisnya. 
Farid terdahulu ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan kerana telah menampar seorang anggota polis dan dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan. 

BERITA BERKAITAN:
  1. Pelakon bergelar 'Datuk' tampar anggota polis trafik, ditahan
  2. 'Beri kami ruang untuk selesaikan perkara ini dulu' - Datin Diana Danielle
  3. Positif dadah jenis ganja
  4. 'Dia mulai berkelakuan aneh dan tiba-tiba lempang saya'
  5. 'Berhenti kecam Farid Kamil, tunggu dia keluar dan beri keterangan' - Sofi Jikan
  6. Farid direman 4 hari
  7. Diana nafi dakwaan adik ipar kononnya suaminya sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya
  8. 'Kenapa dia tampar saya?' - King ditampar sehari sebelum Farid ditahan polis