'Oiii delete oii' - respon Aeril selepas isterinya muat naik video ramai awek Korea mahu bergambar dengannya

Loading...

Sejam yang lalu, pelakon Wawa Zainal atau nama sebenar Nur Hawa binti Zainal Abidin, memuat naik video beberapa gadis Korea yang mahu bergambar dengan suaminya, Aeril Zafrel, ketika bercuti ke negara itu.

Baru saja dimuat naik, namun ramai netizen yang terhibur dengan kapsyen Wawa yang dikatakan lawak selain mendakwa pelakon itu sangat sporting. 

"Jangan kata awek Korea, geng kunyit pun ramai geram dengan Aeril. Cuma tak sempat nak rekod. Hahahaha! Kenapa eh? Hello, bini dia kat sebelah ni," tulis Wawa. 

Di ruangan komen pula, Aeril pula meminta Wawa menurunkan video berkenaan. 

"Oii delete oii," tulis Aeril. 

Netizen seronok dan suka melihat ragam keluarga selebriti ini yang selalu 'sweet potong kaki'.


A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

"Suami handsome memang menjadi perhatian orang. Tapi akak memang wife yang sporting. kalau saya, dah duduk tengah-tengah between them. Hahaha!" - Hia Azmi

Netizen tidak menolak kemungkinan, gadis-gadis Korea mahu bergambar dengan Aeril kerana rupa parasnya yang dikatakan menyerupai Wolverine, salah satu watak utama dalam filem X-Men.