'Ramai budak jadi tak betul disebabkan pil legend ini'


Info dari kaki-kaki nospan, saya hanya sekadar menulis sahaja. Ini adalah pil old skool yang paling glamer di abab ini (aku rasa). Walaupun barang ini sudah lama berada di pasaran, tetapi kesannya tetap masih sama sehingga ke hari ini oleh generasi K-Pop.  

Ibu bapa boleh kesan anak-anak ada mengambil barang terlarang in dengan aksi robotnya, mata layu, pergerakan perlahan, kelakuan seperti bodoh. Jika mereka tidak pandai melayan, sampai satu harap mereka jadi kaku. Kalau ada kesan/simptom yang lain, sila nyatakan ya. 

Individu yang mengambil pil ini tidak dapat dikesan melalui ujian urin sebab nospan ini asalnya adalah ubat-ubatan. Menurut apa yang saya tahu, pil ini boleh didapati dengan harga yang semakin murah.

Jika di zaman dulu 15 biji pil ini boleh didapatkan dengan harga RM12, kini untuk 12 biji pil ini boleh didapati dengan harga RM5 sahaja. 

Oleh kerana harganya terlalu murah, anak-anak muda senang nak dapatkan. Bukan sekadar budak sekolah sahaja yang makan benda ini, tetapi mereka yang sudah bergelar ibu dan bapa ada juga yang makan benda ini. 



Berdasarkan info-info dari kawan, dah ramai budak-budak jadi tidak betul disebabkan benda ini. Jadi, pantaulah anak-anak anda atau keluarga anda dari terjebak dengan pil legend ini.