'Setelah hampir 10 kali keguguran, Allah kurniakan seorang puteri' - Fazley Yaakob

Loading...

Penyanyi dan chef selebriti, Dato' Fazley Yaakob meluahkan rasa bersyukur dan gembira kerana dikurniakan puteri sulung selepas isterinya mengalami keguguran hampir 10 kali, lapor Astro Awani.

Alayna Selma atau panggilan manjanya, Ellie, merupakan anak keempat Fazley dan isterinya, Datin Azrene Ahmad, yang dilahirkan pada Oktober lalu.  

"Salam semua. Selepas penantian bertahun-tahun, akhirnya Allah SWT kurniakan saya dan isteri tercinta Azrene Ahmad, seorang pueteri setelah hampir 10 kali keguguran. 

"Sebelum mendapat anak pertama, Payish, juga kami pernah keguguran dan kini kami ada tiga anak lelaki, Payish, Piyash, Piyush. 

"Kesabaran dan kekuatan kasih sayang adalah tunggak di dalam setiap rumah tangga. Moga video sekitar majlis aqiqah ini menjadi tanda kecintaan kami berdua untuk Alayna Selma atau Baby Ellie. 


"Kepada anakanda kesayangan Dida, semoga video ini diulang-ulang nanti bila membesar sebagai peringatan detik-detik pertama kami semua jatuh cinta kepada Ellie," tulisnya.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2007 dan turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu, Ahmad Fariedz (Payish), 10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 9, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 7.