'Tiba-tiba black out dan gelap gelita, terhidu bau wangi...'

Loading...

Pada awal kedatangan mereka ke kondominium berkenaan, ramai di antara mereka yang berasa tidak sedap hati melihat keadaan tempat itu yang indah khabar dari rupa. Oleh kerana tiada pilihan, sekumpulan pelajar ini bersama dengan pensyarah mereka terpaksa menetap di bangunan berkenaan yang agak menyeramkan. 

Banyak perkara pelik yang berlaku seperti terhidu bau wangi, bunyi besi diseret, ternampak kelibat, diganggu wanita bersabit dan kanak-kanak kecil yang menangis sebelum hilang entah ke mana. Jadikan pengalaman wanita ini sebagai pengajaran kita semua agar sentiasa membaca review mengenai hotel yang ingin disewa agar kejadian yang menyeramkan seperti ini tidak berlaku pada anda.

PERTAMA sekali, saya minta maaf sebab jalan cerita ini agak panjang. Saya malas nak buat part 1 part 2. Yang kedua maaf sebab saya tiada niat nak menjatuhkan perniagaan sesiapa atau menakutkan sesiapa. Biarlah apa yang berlaku menjadi pengajaran buat kita semua sebelum pergi ke mana-mana tempat dan baca review pelanggan terdahulu.

16 Ogos 2016, saya bersama seorang pensyarah lelaki, enam pelajar lelaki dan enam pelajar perempuan (termasuk saya) pergi ke Langkawi untuk buat kajian lapangan di sekitar Gunung Raya dan Pantai Chenang. Kesemua kami adalah pelajar separuh masa geografi di sebuah IPTA. 

Saya diberi tanggungjawab untuk mencari tempat penginapan sepanjang berada di sana. Saya telah memilih sebuah kondo yang pada hemat saya harganya berpatutan dan berdekatan dengan tempat makan. Saya berurusan dengan seorang ejen untuk menempah dua bilik selama tiga hari dua malam. Ejen berkenaan juga adalah rakan lama saya sewaktu di sekolah menengah. 

Kami tiba di kondo tersebut pada jam 1.30 petang, 16 Ogos 2016. Kawasan parkir kereta dipenuhi lalang dan tumbuhan menjalar. Bumbung parkir pecah seperti tidak diselenggara. Bangunannya pula kelihatan usang dan berlumut.

Saya menghubungi ejen untuk memaklumkan ketibaan kami. 

"Okay, selamat datang. Kunci ada di dalam bilik masing-masing. Bilik 1107 dan 1005," kata ejen. 

Sebaik saja memasuki pintu utama lobi kondo, kami tergamam. Semua memandang saya dengan satu soalan. 

"Betul ke kondo ni? Atau kita salah kondo?" soal Syauqi. 

Yelah, sebab saya yang memilih tempat ini. Sungguh tak sangka rupanya indah khabar dari rupa. Lobi kosong, tiada kaunter pendaftaran pertanyaan, tiada penyambut tetamu. Yang ada hanyalah chandelier yang hampir jatuh menyembah lantai. Lantai yang berhabuk dipenuhi dengan daun kering, tampalan iklan memenuhi dinding lobi dan tiada manusia lain selain dari kami yang berada di situ. Keadaannya sangat berbeza ketika saya melakukan pencarian di website dan Agoda. 

"Tak apalah, kita naik tengok bilik dulu," kata Dr Idham (pensyarah) nak menyedapkan hati kami. 

Sebelum pergi ke pintu lif, kami terpaksa melalui kolam renang di sebelah kiri. Keadaan kolam sangat kotor dan berlumut, daun kering berselerak, lalang memenuhi sekitarnya. Di sebelah kanan laluan terdapat sebuah gym, kelihatan seperti sudah ditutup dan tidak digunakan lagi. Keadaan gym sangat berselerak, dipenuhi daun kering dan habuk yang tebal. 

Di sebelah lif, terdapat sebuah cafe yang sudah lama ditinggalkan. Cermin cafe sangat kotor, kerusi meja berselerakkan, daun kering memenuhi ruang lantai cafe. Macam mana daun kering berada dalam cafe dan gym sedangkan pintu dan cermin berkunci tertutup rapat? 

Lif sangat usang dan hanya berhenti di tingkat yang tertentu. Mungkin sudah rosak dan tidak diselenggara. Kami naik ke tingkat 10 untuk melihat bilik 1005. Biliknya berada jauh daripada lif dan koridor yang akan gelap pada waktu malam kerana tidak mempunyai lampu. 

Saya dan rakan perempuan yang lain bersepakat untuk memilih bilik 1107 di tingkat 11 kerana biliknya berhampiran dengan lif. Sebaik saja memasuki bilik 1107, bau bilik sangat 'welcoming' sehingga saya tidak dapat nak meneka bau apakah itu. Bau bunga cempaka diselangi bau hanyir ikan yang agak meloyakan. Lantai bilik sangat berhabuk seperti tiada orang yang pernah menginap sebelum kami. Bilik 1107 mempunyai satu master bedroom dan dua bilik tidur bersaiz sederhana. Lengkap dengan dapur dan dua bilik mandi tetapi ada kesan darah dalam tab mandi. 

Hari pertama kami sepatutnya sudah memulakan kajian di lapangan di Gunung Raya. Tetapi pensyarah batal dan tundakan pada keesokkan hari. 

Di kedai makan, sejujurnya kami memang rasa tidak sedap hati dengan kondo itu. Masing-masing bersepakat untuk mencari tempat penginapan lain. Motel di kawasan sekitar pula sudah penuh, hotel-hotel lain juga turut penuh sedangkan ketika itu bukan musim cuti sekolah. Akhirnya kami terpaksa akur untuk bermalam di situ. 

Jam 7.30 malam kami sampai di kondo. Ternampak seorang makcik yang sedang menyiram rumput dan lalang di kawasan parkir kereta. Saya tidak dapat melihat wajah makcik itu tetapi tertanya-tanya kenapa dia menyiram lalang? Dr Idham pesan jangan ditegur, biarkan saja. 

Jam 9 malam, kami berjanji berkumpul di tempat letak kereta untuk makan malam. Dari tingkat 11 untuk ke lobi, lif berhenti di setiap tingkat. Setiap kali pintu lif terbukam saya ternampak koridor di setiap tingkat gelap dan tiada orang. Yang peliknya kenapa lif berhenti di setiap tingkat tetapi tiada orang. Seolah-olah ada seseorang yang sedang bermain dengan butang lif.

Lif tiba di tingkat enam, nampak makcik siram lalang itu berdiri di depan lif sambil memegang sabit. Saya mengecam makcik itu kerana baju yang dipakainya. Tetapi saya tidak dapat melihat wajahnya disebabkan keadaan koridor yang sangat gelap dan hanya ada cahaya dari dalam lif. Dia hanya menundukkan muka. 

"Going down?" tanya Kamila pada makcik berkenaan. Tetapi makcik itu tidak menjawab, dia diam sahaja. 

"Makcik nak turun bawah ke?" giliran saya pula bertanya tetapi makcik itu tetap berdiam diri. Tiba-tiba dia angkat tangan yang bersabit itu terus meluru ke arah kami. Tapi tiba-tiba pintu lif tertutup.

"GHAMMM!!"

Satu bunyi kuat dari luar lif. Sumpah memang kecut perut sebab kitorang rasa makcik itu tetak pintu lif. 

Sampai di lobi, kami berlari keluar dari lif sambil menjerit hingga ke parkir. Sampai saja di parkir dah nampak group lelaki dan pensyarah di kereta. Mereka tanya kenapa lari sambil menjerit. Kami kata nanti nak cerita. 

Kami semua makan di sekitar Dataran Helang. Sementara menunggu makanan sampai, Dr Idham bertanya kenapa kami berlari tadi sambil menjerit. Kamila pun mula menceritakan apa yang berlaku semasa kami turun ke lobi. Saya nampak riak muka Dr Idham berubah. 

"Kami juga kena benda yangs sama," kata Syauqi. 

Saya dah tak rasa nak makan malam itu, tiba-tiba rasa kenyang. Apa yang ada dalam fikiran kami pada masa itu macam mana nak tidur di situ dan kenapa motel-motel lain full house di saat seperti ini. 

"Tak apa, kita balik kondo, kita rest. Esok pagi kita dah nak mula kajian lapangan. Balik nanti jangan lupa solat sebelum tidur," kata Dr. Idham.

Malam itu, saya dengan yang lain sepakat tidur di depan tv di ruang tamu ramai-ramai. Dalam jam 12.30 pagi itu boleh dikatakan masing-masing sudah berdengkur kecuali saya dan Shida, hanya memenjamkan mata tetapi tidak tidur. 

Jam 2 pagi, tiba-tiba saya terdengar air paip singki dapur terpasang. Yang saya tahu, mereka semua ini dah tidur. Shida cuit jari saya dan saya mebalasnya. Masing-masing takut nak membuka mata. 

"Kau dengar tak bunyi air?" bisik Shida. 

Aku cuma jawab aku dengar, dengar nada suara berbisik. 

"Makcik tu la wey kat singki," bisik Shida sambil menggenggam tangan saya. 

Saya membuka mata sedikit dan melihat ke arah singki melalui hujung anak mata saja. Sah! Memang makcik bersabit tadi tengah berdiri di singki sambil air paip itu terpasang. 

Untuk pengetahuan korang, ruang tamu dan dapur bersambung. Jadi kalau duduk di depan tv, dapur berada di sebelah kiri korang. 

Saya terus penjamkan mati sambil genggam tangan Shida. Ketakutan membuatkan saya semakin berpeluh pada malam itu. Tiba-tiba air paip singki itu berhenti dan terdengar tapak kaki berjalan dari singki dapur ke pintu utama. Selepas itu saya dan Shida tidak lagi mendengar apa-apa bunyi pelik dan kami tidak buka mata sampai ke pagi. Kiranya kami tidur pun tidur-tidur ayam, tidur yang nyenyak.

Pagi selepas Subuh, saya dan Shida tanya Kamila dengan yang lain-lain sama ada mereka terdengar apa-apa tak malam tadi. Mereka kata mereka dengar tetapi tak berani buka mata. Kamila seorang saja yang tak dengar dan tidur mati. Bersyukur sebab tiada sebarang kejadian histeria. 

Hari kedua di Langkawi, kami fokus dengan kerja-kerja lapangan. Bila ada masa terluang, saya menghubungi ejen berkenaan iaitu kawan lama saya sendiri untuk bertanya perihal mengenai kondo tersebut. Saya nak berjumpa dengan dia tetapi dia memberikan alasan bahawa dia sibuk, memandangkan dia tour guide di Langkawi. Jadi kami bersembang dalam telefon saja. 

Dia minta maaf di atas kejadian yang menimpa kami dan dia tawarkan kami pindah ke bilik lain di tingkat enam. Saya tidak setuju memandangkan kami berjumpa dengan makcik bersabit itu di tingkat 6. Saya menolak tawarannya dengan baik. 

Selesai kerja di lapangan lebih kurang jam lima petang. Dr Idham beri cadangan agar kami bungkus makan malam dan makan di bilik sahaja. Jadi tidak perlu keluar semula untuk makan malam. Kami bersetuju memandangkan masing-masing keletihan. Kami sampai di kondo sekitar jam 6.00 petang. Kebetulan di depan kondo itu ada orang jual durian. 

"Why not kita makan durian depan itu sebelum naik ke bilik, esok  dah nak balik," Azizi berikan cadangan dan dipersetujui oleh semua orang. 

Selesai makan durian sekitar jam 7.15 petang, kami menuju ke pintu utama lobi kondo. Tiba-tiba ternampak seorang budak lelaki berusia sekitar lima tahun sedang menangis di tangga lobi. Dr Idham tegur kenapa dia menangis. Katanya mak dia tinggalkan dia dan dia tidak tahu bagaimana mahu menggunakan lif. Kami bertanya dia tinggal di tingkat berapa dan kami akan hantarkan dia. Dia kata dia tinggal di tingkat 6. 

Tingkat 6 okey. Tingkat makcik bersabit itu. Kami 13 orang bersepakat mahu menghantar budak itu balik ke bilik mak dia. Kami risau dia terserempak dengan makcik bersabit itu. Dalam lif ke tingkat enam, kami bersembang-sembang seperti biasa dengan budak itu. 

Sampai di tingkat 6, Syauqi bertanya kepada budak itu berapa nombor bilik mereka? Guess what?! Budak itu dah tak ada. Toleh kiri dan kanan, depan dan belakang memang tak ada budak itu. Tiba-tiba saja bau busuk sekitar kami. Saya tak tahu macam mana nak nyatakan bau itu macam mana. Tetapi tersangatlah busuk. 

Dari tingkat 6, kami naik tangga ke tingkat 10 untuk mengambil barang-barang group lelaki sebab Dr Idham nak kongsi bilik dengan group perempuan since benda pelik ini semakin kerap berlaku. Kami naik tangga kerana lif tersangkut di tingkat 13. 

Selesai soal isya berjemaah, group lelaki kata mereka tidur di depan tv, group perempuan tidur di master bedroom. Saya pun okey sajalah. Jam 11.30 malam, semua orang sedang asyik melayan cerita hindustan di TV2. Tiba-tiba blackout dan gelap gelita. Di ruang tamu tiba-tiba saja bau wangi bunga melur. Bau itu sangat kuat tetapi tiada sesiapa pun yang bersuara. 

Orang tua-tua dulu kata, bau wangi-wangi ini selalunya pontianak. Enam ke tujuh minit bergelap, tiba-tiba pintu utama diketuk kuat sampai tombol pintu digoncang. Ketukan itu sangat kuat seperti mahu menceroboh pintu. 

Kami tak buka pintu sebab sepanjang kami berada di kondo itu, tidak pernah jumpa sesiapa pun atau berselisih dengan sesiapa pun kecuali makcik sabit dengan budak kecil yang ghaib begitu sahaja. Kereta di kawasan parkir sentiasa penuh tetapi kami tidak pernah nampak manusia lain selain kami saja berada di situ. 

Ketukan pintu itu berterusan selama lebih kurang 20 minit, kemudian diikuti dengan bunyi sesuatu yang diseret di luar. Bunyinya sangat membingitkan telinga, seolah-olah seperti besi yang diseret di luar bilik kami. 

Syauqi mengintai di lubang intai yang ada pada pintu untuk melihat apa yang berada di luar. Guess what?? Makcik bersabit tengah seret sabit dia di depan pintu bilik kami. Makcik itu seret sabit dia dari depan pintu lif ke depan pintu bilik kami. Bunyinya sangat mengilukan. 

Saya dan yang lain-lain dah ketakutan dan mula menangis. Dr Idham kata jangan menjerit. Kalau takut, tutup mata, telinga dan pejam mata. 

Selepas bunyi seret itu hilang, tiba-tiba saja pintu sliding balkoni di ruang tamu terbuka. Angin menderu masuk. Angin itu membawa bau yang sangat busuk. Bau kuat bunga melur tadi terus hilang. Azizi terus tutup pintu slide itu. MEmang pintu itu tak boleh dikunci sebab dah rosak. 

Selepas itu, bunyi-bunyi ketuk pintu bagai itu hilang bergitu sahaja, Malam itu memang kami tidak tidur, bergelap sebab blackout. Semua berkumpul di ruang tamu berjaga. Geng perempuan ada yang tertidur di sofa.  

Saya ingatkan semua gangguan ini sudah reda, rupanya tidak. Jam 3 pagi, air paip singki dapur terpasang. Dalam gelap gelita bersulu cahaya telefon bimbit, ternampak kelibat manusia berdiri di singki. Saya mampu menangis dan hanya ingat mahu balik ke rumah secepat mungkin. 

Dr Idham pesan, kalau takut jangan jerit dan tutup mulut. Nak menangis mesti kena ada suara.

Bau bunga melur itu datang semula. Azizi tiba-tiba bangun dan laungkan azan. Kelibat itu tidak berganjak atau bergerak sehingga habis azan. Air paip masih terpasang, tengah semua mata tertumpu pada kelibat di singki, tiba-tiba tombol pintu utama digoncang dengan kuat diselangi dengan ketukan pintu yang sangat kuat. Saat genting begini, memang dah tak ingat bacaan surah atau doa-doa pelindung. Saya dah macam orang parkinson terketar-ketar bibir tangan sejuk beku sebab terlalu kuat. 

Syaufiq buka YouTube bacaan Al-Quran 30 juzuk. Gangguan itu tetap tidak mahu menghilang. End up, Dr Idham kata dia nak pergi buka pintu itu dan nak tengok siapa yang ketuk. Dia kata kita berserah kepada Allah dan kita tawakkal. Ya, memang dia pergi buka pintu yang diketuk bagai nak roboh itu.

Sebaik saja pintu dibuka, tiada sesiapa pun melainkan angin yang menderu masuk dengan daun kering serta bau yang sangat busuk. Air paip singki tiba-tiba berhenti sendiri dan dah tiada gangguan lagi selepas itu. Kami tidak tidur sampai ke Subuh. 

Selepas solat Subuh, matahari dah terpaksa, kami terus mengemas barang, membersihkan diri nak check out. Jam 8 pagi lebih kuransg, kami buka pintu dan keluar. Terdengar suara riuh rendah suara kanak-kanak mandi di kolam renang. Aik? Ramai pula orang. Sebelum ini tak ada meriah seperti ini pun. 

Kami turun ke lobi dan saya call ejen untuk mana dan di mana saya nak drop kuncing bilik sebab kami nak balik dah. Ejen kata letak saja di dalam bilik. Dah sepasal pula nak kena naik letak di bilik puaka itu pula. Azizi dengan kawan dia suka rela nak letak kunci itu dalam bilik. 

Sementara menunggu mereka, kami lepak di lobi. Memang ramai orang pada masa itu di lobi. Tiba-tiba ada seorang pakcik sekitar umur pertengahan 50-an menegur. 

"Awak semua dari mana? Baru sampai hari ini? Tak pernah nampak pun?" soalnya. 

Dr Idham jawab yang kami berada di sini sudah tiga hari dua malam, tinggal di bilik 1107 dan 1005. Jawapan itu membuatkan pakcik itu terkejut sebab dia kata dialah yang menjaga tempat ini tetapi dia tidak pernah nampak kami pun selama tiga hari yang kami sebut itu dan bilik 1107 itu sudah lama dan tiada orang sewa sejak kondo ini disita dan ditutup. Selepas itu, kondo ini dibuka semula tetapi dah menjadi hak persendirian. Memang tiada sesiapa yang mahu menyelenggarakan tempat itu. 

Pakcik itu berkeras bahawa dia memang tidak nampak kami sepanjang tiga hari yang kami katakan itu. Malah tempat parkir kereta yang kami parking itu pun dia kata sudah seminggu orang lain tak parkir di situ sebab ada batu bata yang tidak dialihkan. Pagi ini dia kata batu bata itu mungkin sudah dibersihkan dan dia  baru nampak kereta kami di situ pagi ini. Sebab itu dia menyangka yang kami baru sampai di situ pada pagi ini. 

Dr. Idham sempat bertanya tentang makcik yang siram lalang itu. Pakcik itu ketawa dan dia kata mustahil orang nak siram lalang. Selepas Azizi dengan kawan dia turun ke lobi, kami menceritakan semula perkara itu kepada Azizi. 

"Kalau pakcik itu tidak nampak kita, pakcik jual durian itu mesti nampak kita. Jom kita tanya pakcik jual durian depan itu," katanya. 

Kami melintas jalan dan bertanya pada pakcik yang menjual raja buah itu. Menurutnya, dia memang nampak kami tetapi semasa kami datang pada waktu maghrib kelmarin, dia kata bau kami sangat wangi dia dia sangka itu minyak wangi yang kami pakai. Tetapi selepas kami selesai makan durian dan balik ke kondo, bau wangi itu masih kuat, menggalahkan bau durian dan membuatkan dia terpaksa berhenti berniaga awal kelmarin kerana berasa tidak sedap hati. 

Sampai saja di rumah, saya terus baca review bloggers tentang kondo yang kami sewa ini. Ternyata banyak bad review dan ada kisah mistik sejak kondo itu disita. 

Jadi korang nak check ini mana-mana tempat, make sure baca review dulu. Takut di website nampak cantik di depan mata, tetapi di depan mata macam bangunan tinggal.