(Video) Cilok tak lepas, Satria 'panjat' Myvi


Viral di media sosial video rakaman dashcam sebuah kereta Proton Satria 'panjat' kereta Perodua Myvi yang turut membabitkan sebuah lagi kenderaan lain. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.20 pagi semalam di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Taman Megah menghala ke Damansara, pemandu kereta Satria terbabit dikatakan bertindak memotong kereta Myvi yang telah berhenti di depannya. 

Tindakannya itu mengundang kemalangan dan keretanya hampir terbalik ke lorong kanan tetapi berlanggar dengan sebuah kereta di lorong berkenaan yang tidak sempat mengelak, sebelum kereta Satria itu kembali ke kedudukan normal. 

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.

Berdasarkan video, kesemua kereta yang terlibat berhenti di tepi jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. 


Sementara itu di media sosial, netizen juga tidak menolak kemungkinan yang pemandu berkenaan mungkin sedang leka dengan 'sesuatu' sehingga tidak menyedari jarak keretanya dengan Myvi sudah terlalu hampir menyebabkan pemandu terbabit segera mengelak, namun sudah terlambat untuk berbuat demikian lalu berlaku kemalangan. 

Para pengguna jalan raya diingatkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu, bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.