(Video HD) 'Kemurungan aku selepas tonton MV Malas Nak Layan' - Netizen


Viral muzik video Datuk Boy Iman (DBI) bertajuk Malas Nak Layan, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memberikan komen-komen negatif. 

Difahamkan, lagu Malas Nak Layan berkenaan dicipta oleh Boy Iman atau nama sebenar Noruliman A. Rahman khas untuk haters DBI, selain single itu dijadikan sebagai penanda aras kepada bakat sedia ada Boy Iman. 


Boy Iman mendedahkan, lagu tersebut dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU, yang juga pencipta lagu bagi Abang Nak Tegur nyanyian Datuk Aliff Syukri dan I Am Me nyanyian Datuk Vida. 

"Dibuat khas selepas berlakunya 'musibah' pada diri saya. Untuk semua yang support dan haters saya," tulisnya di Instagram, 3 Januari lalu. 

Dengan penerbitan muzik video tersebut, Boy Iman berkata ia juga adalah salah satu cara untuk dia membersihkan namanya, sekali gus menjawab tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. 

"Apabila saya ditahan oleh pihak polis, itu tidak bermakna saya bersalah. Saya dipetik oleh bekas partner dan dipanggil untuk bantu siasatan. Tetapi disalahfaham dan dijatuh 'hukum' seolah-olah saya bersalah dan jahat. 

"Muka saya dikeluarkan di paper dan berita hari-hari sebab saya artis, boleh jual. Seolah-olah saya pula kepala dia tetapi penjahat sebenar langsung tidak ditunjuk," katanya. 

Sementara itu di media sosial, netizen melemparkan komen-komen negatif terhadap muzik video yang dikatakan menyebabkan mereka kemurungan selepas menonton video tersebut. 

"Jahanam! Kenapa aku boleh dengar dan tengok muzik video ini sampai habis? Murung sepanjang hari." - Farah Rahman. 

"Sumpah aku nak muntah masa tengok dia gelek bontot tu. Dah macam apa je weh! Demi Allah aku tak tipu, aku nak muntah!" - Eja

'Tolonglah KRU Production, jangan nak jatuhkan reputasi muzik Malaysia. Memalukan, demi duit semuanya jadi. #facepalm." - Puteri Fieyda

"Future music for Malaysian. Semua artis retire/resign, yang naik businessman/woman MLM. Datuk-datuk, datin-datin entah dari mana up." - Rayner Nelson Chong.