(Video) 'RM3 pakcik itu ambik' - Ibu kesal pakcik kantin rembat duit belanja murid darjah dua


Viral di media sosial, luahan ketidakpuasan hati seorang ibu yang kesal peniaga kantin sekolah telah 'merembat' RM3 milik anak perempuannya berusia 8 tahun. 

Menurut wanita yang hanya dikenali dengan nama Laila itu berkata, dia geram anaknya, Farisyah, 8, dianiaya peniaga berkenaan. Walaupun RM3 itu jumlah kecil tetapi jika perbuatan itu dibiarkan, lebih ramai lagi murid yang akan menjadi mangsa. 

Berdasarkan video soal jawab di antara Laila dan anaknya itu, Laila memberi duit belanja sebanyak RM5. Farisyah telah membelanjakan RM2 untuk membeli nasi ayam dan air milo yang masing-masing berharga RM1. 

Farisyah kemudian meletak RM3 miliknya di atas meja sementara kerana mahu menutup botol airnya. Namun secara tiba-tiba pakcik terbabit mengambil wangnya itu. Apabila Laila bertanya kenapa dia tidak menuntut kembali wangnya itu, Farisyah menjelaskan dia malu untuk berbuat demikian. 


"Kalau dengar, memang geram dengan orang berniaga buat budak kecil begini. Should teach her up something. Dulu kes buli, sekarang kes orang tua rembat duit budak darjah dua. 

"Dah tua-tua tak nak mampus. RM3 memang tak banyak, kira sedekah sajalah kalau ikhlas. Tetapi kalau 10 orang murid dia buat begitu, dah RM30. Kalau 10 hari dah RM300. 

"Cuma silap anak ini letak duit di atas meja jual air saja, sebab nak tutup botol air. Tetapi walau macam mana pun, mana boleh kira terambil saja, kan? Kalau saya terembat pakcik itu kang, orang kecam," katanya. 

Ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengajar dan mengingatkan anak masing-masing agar berhati-hati apabila membeli makanan di kantin sekolah bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku. Selain itu, ibu bapa juga mungkin boleh menyediakan bekalan makanan untuk anak dibawa ke sekolah.