(Video) 'Tolong viralkan, anak saya kena pukau dan rugi RM1,400'

Loading...

Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang juruwang wanita sebuah pasar raya dipukau dua individu warga asing dalam kejadian Sabtu lalu. 

Video yang dimuat naik oleh bapa mangsa yang dikenali sebagai Zack mendakwa anaknya telah dipukau dua individu berkenaan dan ketika kejadian itu tiada sesiapa pun yang menyedarinya.

"Assalamualaikum sahabatku, tolong viralkan video ini. Kejadian pukau di Kuala Lumpur semalam oleh warga asing. Dalam video itu adalah anak saya. Kerugian RM1,400. 

"Memang bijak diorang ini. Menurut anak saya, dia kena bayar balik duit itu kepada majikannya. Tak adillah begitu, kasihan anak saya. 

"Itupun majikan tuduh anak saya cuai dan suruh ganti duit itu atau berhenti kerja. Jadi, anak saya berhenti kerja saja. Kemudian buat laporan polis dan buat aduan kepada pejabat buruh. Tak tahulah apa yang akan terjadi.

"Sebab itu saya minta viralkan, biar semua orang tahu dan sekurang-kurangnya orang lain boleh berhati-hati," katanya.


Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa berwaspada apabila berurusan dengan warga asing terutamanya pekerjaan yang melibatkan urusan wang, bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.