'Apalah salah aku dapat customer jilake macam ni?'

Loading...

24,850 retweet bebenang yang dimuat naik oleh peniaga kecil-kecilan ini, menunjukkan netizen bersetuju dengan perkongsiannya mengenai karenah pelanggan yang gemar 'bergurau' apabila membuat pesanan. 

Sama ada lawak yang digunakan itu baru atau lama, usahlah menjadikan peniaga atau pekerja sebagai 'tempat' untuk diuji lawak-lawak yang dikategorikan sebagai lawak hambar atau sekadar mahu menunjuk hebat di depan pasangan/rakan masing-masing. 

Pelanggan sepatutnya hormat pada pekerja yang sedang menjalankan tugas dan memudahkan perjalanan kerja mereka terutamanya di waktu puncak, bukannya menyajikan lawak-lawak hambar dan bila lawak tidak menjadi, dirinya sendiri juga yang terasa malu. Tidak salah hendak bergurau, tetapi berpada-pada.

SAYA sebagai peniaga kecil-kecilan sering kali dengar lawak hambar customer semasa tengah mengambil order mereka. Ini antara contohnya: 

Aku: "Order apa bang?" 
Customer: "Aku nak extra joss mangga dengan kunci dia sekali." 

Nak je aku cocok kepala dia dengan pen. Kang kalau aku gelak menganjing, nanti dia sebat kepala aku. Nasib baik ada awek dia, so cover macho sikit. 

Aku: "Order?" 
Customer: "Saya nak airrr.. air ketum ada?" 

Lawak ini keras sikit, macam jilake. Dekat kedai aku ni ada list air tulis koroi ais ke?

Yang ini member adik aku:

Aku: "Order bro?"
Customer: "Aku nak milo ais laici." 

Rasa macam pelik eh budak ni. Aku pun layankan saja bagi milo ais laici. 

Aku ambil order macam biasa:

Customer: "Nak ais kosong eh, kurang manis."

Ini lawak dah lama. So lawak ini pun diketengahkan oleh seorang pakcik. Kalau aku buat muka palat dekat dia, nanti dia kata aku kurang ajar pula. Gelaklah sikit bagi dia rasa dia kelakar. 

Okay, yang ini dia tak buat lawak tapi bila sekali dengar, lama juga sel-sel otak aku nak berhubung.

Aku: "Nak order apa kak?"
Customer: "Air suam panas."

Kalau nak air suam, cakap air suam. Kalau nak air panas, cakap air panas. Jangan nak keruhkan keadaan eh. 

Selain dari air suam panas, yang pelik:

Customer: "Aku nak extra joss anggur." 

Kemudian selepas hantar, dia melenting pula. 

Customer: "Aku nak extra joss suam!" 

Dah nak dekat dua dekad aku hidup, belum ada makhluk order extra joss suam. CB betul. 

Biasanya orang minta 'nasi goreng kampung, nasi lebih'. Kali ini aku tak tahu mana dia dapat idea bangsat ini. 

Customer: "Nasi goreng kampung dik, kampung lebih." 

Masa ini serius aku sengih saja. Aku sudahlah penat, nak menghadam lawak kau lagi. Nak cuci cawan lagi, aduh! 

Untuk pengetahuan semua, adik aku jual burger, so kadang-kadang aku ada tolong sikit-sikit. Selain dari 'burgembira', ada lagi yang aku pernah kena.
  • 'Burgegar'
  • 'Burgerindu'
  • 'Burgertar'

Serius doh, tak boleh masuk lawak macam ni dan kebiasaannya lawak-lawak seperti ini digunapakai oleh golongan veteran sahaja. 

Customer: "Aku nak milo ais, tak nak susu." 
Aku: "Okay."
Customer: "Pastu aku tak nak ais, tak nak milo."
Aku: "....."
Customer" Tinggalkan air suami saja dalam cawan itu."

Apa salah aku dapat customer jilake macam ni? 

Ini pula tentang seorang customer kurang ajar. 

Customer: "Minta nes ais eh."
Aku: "Minum ke bungkus?" 

Nak tahu apa jawapan dia? 

Customer: "Taklah, makan."

Tak lawaklah babi! Lain kali try lawak itu di rumah. Kalau mak bapak hang gelak, baru boleh kemukakan lawak itu depan aku. 

Aku rasa kalau 'air basuh tangan', 'air yassin', 'air wudhuk' itu biasa lagi. 

Aku: "Order?"
Customer: "Air mandi mayat ada?" 

Sensitif sikit benda macam ni. Nak gelak rasa berdosa. Dosa sudahlah bertimbun. Insaf sekejap aku tetapi itulah, sekejap sahaja. 


Sumber: Mirul