'Awak yang nak berhentikan di minum botol kan? Saya tak nak dengar apa-apa' - Terguris hati isteri, suami enggan bantu jaga anak

Loading...

Dalam rumahtangga, suami isteri perlulah bersama-sama memainkan peranan masing-masing. Bila isteri menjadi surirumah sepenuh masa, suami pula jangan menyangka isteri goyang kaki sepanjang masa. Tetapi isteri juga ada kerja-kerja yang perlu dibuat iaitu menguruskan rumah dan menjaga/mendidik anak-anak. 

Namun kebanyakan golongan suami hari ini bila mendengar isteri meminta bantuan untuk menguruskan anak, ada saja alasan yang diberikan. Malah ada yang berani berkata bahawa tugas-tugas seperti itu adalah tugas isteri. Hati isteri mana yang tak terkilan bila mendengar suami berkata seperti itu. Sedangkan masing-masing sudah mengikat janji mahu mengharungi alam rumahtangga bersama. 

Semoga perkongsian dari Puan Zulaikha ini membuka mata golongan suami berkenaan agar mengambil inisitiaf untuk berubah dan lebih bertanggungjawab. 

"Awak yang nak berhentikan dia minum botol, kan? Saya tak nak dengar apa-apa." 

WAHAI suami, kenapa lidah itu tajam sungguh bila bersuara? Tidak terfikirkah terguris hati isteri? Hanya kerana rengekkan anak menganggu tidur malam suami. Tugas yang menyusahkan dan melecehkan diserah bulat-bulat kepada isteri. 

Kenapa? Sebab isteri suri rumah? Apa-apa yang berkaitan dengan rumah, semua awak tidak mahu ambil tahu termasuk mendidik anak-anak? Kalau anak dihantar ke pengasuh pula, perihal anak-anak pengasuh pula yang kena settlekan. 

Hello! Buat anak nak, jaga anak tak nak!

Tugas menjaga anak bukan sekadar belikan baju, belikan susu, belikan mainan, bayar pengasuh. Bukan duit, duit dan duit! Duit itu baru satu, kalau duit itu dah bertimbun sangat, hal anak semua nak serah pada orang. Give uplah jadi bapa. 

Siapa cakap 'anak-anak ini nanti dia retilah bila dah besar, nanti sampai masa pandailah'. Tolonglah, anak kalau tidak dididik, tidak diajar, tang mana nak pandai sendiri? Kalau susu badan, dua tahun pun ibu-ibu nak berhenti kan, sama saja kalau susu botol. Takkan tiba-tiba anak awak itu pandai sendiri? 

Ini baru isu botol susu, belum lagi ajar anak ke tandas. Nak tunggu anak pandai sendiri buka pampers, tiba-tiba ke tandas buang air. Siap pandai cuci dengan sabun dan flush! Perghh! Albert Einstein yang genius pun tak cenggitu. Tinggi sangat imaginasi awak wahai bapa-bapa. 

Anak perlu diajar satu persatu. Ya memang leceh dan memang menguji kesabaran. Buang botol susu anak itu, seminggu dia merengek. Lepas itu dia dah tak akan minta lagi dan dia dah boleh minum menggunakan cawan. 

Ajar anak ke tandas, buka pampers dia. Pakai seluar tanpa pampers seminggu dua, pandailah ke toilet, tak perlu pakai pampers lagi dah. 


Dengar seperti senang saja, kan? Tetapi prosesnya, para ibulah yang merasa azabnya seorang diri kalau sudah si bapa langsung tidak mahu mengambil tahu. Ibu terpaksa bersabar dengan rengekkan anak. Anak menangis kuat-kuat dan menjerit nak susu, nak susu. Tak boleh tidur kalau tak ada botol di mulut. Belum lagi anak terbangun di tengah malam meminta susu, tak dapat nangis lagi. 

Kalau toilet training, setiap 10 minit ibu tanya nak kencing tak? Nak berak tak? Setiap 30 minit, bawa anak ke tandas dan suruh dia kencing. Kadang-kadang terlupa, habis basah rumah dikencing si anak. Kena bersihkan. 

Itu belum lagi part kita dah 'shhh... shhh' di tandas sampai 20 minit tak kencing-kencing. Keluar saja dari tandas, sarung seluar basah pula dikencingnya. Kena bersihkan lagi. 

Penat? Ya, penat dan letih. Sangat menguji emosi dan fizikal. Tetapi ibu-ibu ini bersabar. Tak lama, seminggu dua pandailah anak aku ini. Tetapi bapanya? Sudahlah tidak membantu, boleh pula dia downkan lagi si ibu. 

Nak bicara tentang tidur malam yang nyenyak? Dari mengandung lagi si ibu tak tidur dengan nyenyak. Sakit-sakit dalam pantang pun tak tidur nyenyak. Anak dua tiga tahun pun masih tak dapat nak tidur nyenyak. Belum lagi bilamana anak sakit, anak demam. Boleh jadi satu malam dia tak tidur dan awak bergelar bapa pula mempertikaikan tidur awak? Sungguh tidak adil! 


Kami ibu-ibu bukan merungut, tetapi soal mendidik anak biarlah sama-sama kita laksanakan tugasnya. Bertolak ansur dan bertoleransi. Siang isteri dah berhempas pulas sendirian menjaga anak dan menguruskan rumah. Bapa bapil kerja paling-paling sejam dua melayan anak. Jam 10 malam, anak-anak dah mengantuk nak tidur dah. 

Pejam sajalah mata itu dan tutup mulut itu. Tolong sajalah isteri awak. Bukan anak orang lain, anak awak juga. Awak kerja esok, isteri pun ada kerja esok. Duduk di rumah dengan anak-anak bukan tak ada kerja nak buat. 

Sekali isteri tak nak peduli dah tentang rumah dan anak-anak, jangan terkejut bila awak balik rumah anak tak mandi, pampers penuh dan anak berak tak cuci. Rumah pula macam tongkang karam. Anak menangis kelaparan. Baru awak tahu kenapa dunia awak selalu indah. 

Isteri tak minta pun awak ambil cuti, ajar anak berhenti menyusu botol. Isteri tak minta pun awak cuti untuk ajar anak membuang di tandas. Tak, mereka buat sendiri. Awak hanya perlu sokong dan bantu sikit. Jadi tutuplah mulut dan tolonglah isteri tanpa sebarang persoalan. Fikirlah tentang mereka, kasihanilah mereka dan sayangilah mereka. 

Balik itu, ambil masa peluk dan ucaplah terima kasih kepada isteri. Pelukan awak itu powerfull wahai encik suami. Ia boleh menghilangkan rasa penat lelah isteri seharian. Ia boleh memadamkan api kemarahan isteri. Ia boleh hilangkan rajuk dan kecil hati isteri. 


Iya, peluk saja. Tak payah bagi bunga, bagi coklat bagai. Tak payah sampai nak bawa naik helikopter pusing satu Malaysia. Peluk saja dan ucapkanlah terima kasih. Tak susah pun, isteri gembira, anak gembira awak pun turut gembira.