(Video) 'Baem, kenapa Baem sayang abah?' - Jawapan jujur Baem buat Aliff Syukri terkejut

Loading...

Semalam, pengasas D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video perbualan di antara dia dan anaknya, Baem Adham atau nama sebenar, Ibraheem Adham Aliff Syukri, yang dikatakan telah membuatkan Aliff berkecil hati.

Dalam video tersebut, Aliff bertanya kenapa Baem menyayanginya sebagai bapa? Jawapan yang diberikan oleh Baem tersangatlah jujur, namun netizen memuji kejujurannya itu.

Aliff: "Baem, kenapa Baem sayang abah?"

Baem: "Sebab abah ada banyak duit."

Aliff: "Hah??"

Baem: "Abah ada banyak duit."

Aliff: "Kalau abah tak ada duit, Baem tak sayang abah ke?"

Baem: "Takyah la.."

Aliff: "Kalau abah takde duit? Eee! Jahatnya kau. Kau sayang aku sebab aku banyak duitlah ye? Kalau aku miskin, kau tak sayang aku lah ye? Kau pergilah, berambuslah kalau camtu."

Mendengar kata-kata bapanya itu, Baem mula menangis.

Aliff: "Habis tu, kalau abah banyak duit sajalah kau sayang? Kalau macam tu, kau pergi cari bapak lain." sambil menolak Baem menyebabkan anaknya menangis lebih kuat.

Aliff kemudian memaklumkan insiden itu kepada isterinya, Nur Shahida yang ketawa melihat suami dan anaknya itu.



Sementara itu di media sosial, netizen memuji kejujuran Baem, tetapi menasihatkan Aliff agar tidak terlalu memanjakan anak-anak dengan kemewahan supaya mereka tidak lupa diri.

"Ajar anak dengan kemewahan, budak mana reti nak cover. Hahaha hambek!" kata Zulhilmi Zailani.

"Kesiannya Baem. Dia kecil lagi, dia jujur dengan apa yang dia nampak. Jangan buat anak seperti itu Dato'," kata Intan Suriani.