'Apa benda bau bangkai busuk ni? Haih!!' - Semua terdiam, kecut perut nak buka mulut

Loading...

Assalamualaikum. Hi admin. Tutup nama saya tau. Saya nak cerita kisah saya berdasarkan pengalaman sendiri. Seram ke tak belakang kira sebab saya tetap nak cerita.

Kisah ni jadi masa hujung tahun 2017. Masa tu on the way nak balik ke Seremban daripada Jempol. Yang drive masa tu abang aku dan aku duduk sebelah. Aku suka duduk depan sebab family sedia maklum aku ni mabuk darat teruk sikit. 

Bila duduk depan mulalah mata tu pandang tu kejap toleh kiri kejap pandang depan pandang sana pandang sini. Dan yang ada dekat tempat duduk belakang ibu dengan kakak aku. Jadi kami berempat masa tu. 

Hari Ahad, jammed tu perkara biasa lagi lagi hari cuti. Kami bertolak dari Jempol jam 6.30 petang macam tu. Sedia maklum la dah nak gelap. Sepanjang jalan tu tak ada apa-apa berlaku sampailah dekat Ampang Tinggi dah start jammed daripada situ. Dekat sana ada traffic light. Lama gilaa kut kami tunggu, adalah dalam 45 minit juga baru lah dapat lepas traffic light tu. 

Sebelum keluar dari traffic light, kakak aku check Waze, macam stress juga kami masa tu sebab sepanjang jalan tu sampailah ke Ulu Bendul merah kuning saja tak tunjuk tanda-tanda hilang jammed. Jadi abang aku decide kami ikut jalan lama dekat Jalan Tampin tu tembus keluar ke Rembau sebab check Waze takda jammed langsung jalan lengang. 

Then, selepas je traffic light abang aku pun belok kiri kira patah balik belakang. Berderet-deret kereta masa tu tuju ke arah Seremban. Hari makin gelap, maybe sebab mendung ke apa aku tak sure then abang aku teruskan perjalanan. 

Sepanjang jalan tu ada lampu jalan satu satu kira macam jarak-jarak jugalah mungkin sebab jalan kampung kan. So masa tu kakak aku sumbat telinga dia, mak aku diam kat belakang, abang aku buka tingkap smoking. Aku pandanglah jalan depan sebab nak fokus. 

Lama-lama jalan yang kami ikut tu makin gelap, berbukit-bukit sampai satu tahap abang aku guna gear satu sebab kereta tiba-tiba je jadi berat. Kebetulan mak aku ni jenis percaya dekat jin dan syaitan ni semua. Jadi dia memang sediakan ayat Al quran dalam bentuk CD supaya senang pasang. Masa tu pulak aku carilah merata CD tu tapi tak jumpa. Kakak aku cari dekat tempat duduk pun tak jumpa. 

Selepas tu abang aku tiba-tiba kata 'Izan rasa dah keluarkan letak kat bilik masa kemas kereta semalam' ha dah sudah. Mak aku apa lagi membebel.

"Kau tahu kita tak jangka nak lalu jalan macam ni? Jangan pandai-pandai saja semua nak keluarkan."

Dan aku pun macam keluarkan phone buka apps offline mp3 al quran. Jadi tak sunyi sangat la kan. 

Dipendekkan cerita, sampailah satu jalan ni memang tak ada lampu langsung, masa tu dah gelap gelita sangat dah. Abang aku drive rilek je tenang. Aku fokus kat jalan. Tiba-tiba, abang aku buka tingkap tapi kali ini dia tak merokok. Aku pun dah peliklah kenapa dia ni buka saja tingkap tu sebab biasanya dia merokok. Aku tak kisahlah kan mungkin nak hilangkan mengantuk dia. 

Tiba-tiba abang aku cakap dengan aku, 

"Apa benda bau bangkai busuk ni haih?!" 

Aku pun dah cuak wei.

"Kau bau apa? Aku tak bau apa apa pun?"

Selepas tu dia kata "Ini aku buka tingkap ni sebab busuk bau bangkai ni."

Aku dah diam jap. Aku perasan kakak aku diam saja dari tadi. 

"Eh? Apasal pompuan ni?" aku cakap dalam hati. 

Yelah, kalau tegur lain jadi dia. Aku dah risau la kan. Selepas itu abang aku tutup tingkap. Sepanjang dua kilometer jugalah dia buka tingkap tu sebab bau tak hilang. Dia bawa pun 90km/j kan. So macam rasa tak lama sangat la. 

Sampai di satu jalan ni ada lorong betul-betul sebelah kanan dan ada satu saja lampu jalan. Tapi lampu jalan tu belah dalam lagi. So aku nampak ada benda tinggi tau, macam manusia tapi gelap macam bayang-bayang manusia tapi kurus nipis tinggi je tengah langkah nak masuk arah lorong tadi. Aku mengucap panjang pastu aku cam pandang jalan. Ha tula mata nakal sangat suka melilau. 

Sampai je dekat pekan Rembau so dah banyak kedai la kan, dah terang ada lampu jalan tu semua tiba tiba kakak aku bersuara. 

Dia kata "Ibu, tadi kakak bau wangi. Wangi gila macam bau bunga masa abang buka tingkap tu, lepas abang tutup pun still bau. Bau lagi kuat. Kakak macam taktahu nak cakap apa, takut nak cakap." 

Gais, pewangi kereta kami cuma guna spray-spray tu je. Perisa lemon sebab kami suka bau tu. Selepas itu mak aku pulak share kisah dia, dia kata apa tau,

"Ibu ingat kakak baring dekat sebelah bahu ibu tadi, ibu rasa ada rambut-rambut geli. Ibu tadi nak selak sebab rasa macam kena tajam sampai cucuk-cucuk tangan ibu, tapi bila ibu toleh kakak duduk tegak pandang tingkap. "

Gaisss, masa tu kakak aku pakai sweater tau. Sweater yang jenis tutup kepala tu. Sepanjang jalan tu dia memang tutup kepala sebab dia malas pakai tudung. Lagi satu, rambut kakak aku pendek paras atas bahu. Like macam mana nak meleret sampai ke bahu mak aku terasa sampai tangan mak aku ni haa. 

Anak anak dia masa tu dah meremang termasuk aku wei. That time mak aku pakai lengan pendek, biasalah cermin tinted, tak singgah mana mana direct balik Seremban je so memang dia pakai baju t shirt selesa sikit tak panas. 

That time semua macam speechless sampai balik rumah tau. Esok pagi tu mak aku cakap, "dia" nak kacau-kacau kita saja masa tu. Jangan takut, selagi Allah ada, Dia lindung kita. Patutlah jalan itu ada sebuah dua saja kereta lalu. Maybe nasib tak baik masa tu sebab kereta kami je lalu jalan tu. Alhamdulillah la selamat sampai rumah. Tapi sampai sekarang aku tak pernah lalu lagi jalan tu waktu malam senja tu lagi. Biarlah jammed sekalipun, akan ku tempuh dengan sabar. 

Sumber: As

Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com