Berang cinta tak dibalas, gadis lempar asid pada muka lelaki idaman


Seorang remaja lelaki melecur di bahagian muka selepas dilempar dengan asid kerana menolak cinta remaja perempuan yang sudah lama menaruh perasaan cinta terhadapnya, lapor Daily Mail

Mangsa, Mahmudul Hasan Maruf, 17, dari Dhaka, Bangladesh, mengalami kesan melecur yang teruk di seluruh muka akibat serangan asid dari remaja perempuan berusia 16 tahun terbabit.  

Selain melecur di bahagian muka, bahu kanan mangsa juga turut melecur akibat terkena tempias cecair berbahaya itu. 

Menurut laporan media tempatan, Mahmudul sebelum itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas keluar bersama rakan-rakannya. Dalam perjalanan pulang, Mahmudul bertembung dengan remaja terbabit yang dipercayai sudah lama menunggunya. 

Difahamkan, remaja itu masih menaruh perasaan cintanya terhadap Mahmudul meskipun telah ditolak beberapa kali. Malah, dia sering membuat gangguan terhadap Mahmudul sejak beberapa bulan yang lalu. 

Kedua-duanya kemudian bertengkar dan gagal mengawal kemarahan, remaja terbabit bertindak melemparkan cecair asid ke muka mangsa. 





Tidak diketahui sama ada mangsa akan pulih atau sebaliknya. Namun berdasarkan kesan melecur itu dijangka akan meninggalkan kesan parut kekal pada wajah mangsa. 

Sehari selepas kejadian itu berlaku, polis telah menahan suspek dan ibunya untuk siasatan lanjut.