Cara mudah catat pergerakan bayi, buat group WhatsApp dengan suami

Loading...

Setiap wanita atau isteri pastinya tersenyum lebar bila disahkan hamil. Kegembiraan ini pastinya dikongsikan kepada semua suami,keluarga dan teman rapat. Apabila disahkan hamil, setiap ibu pasti akan melalui fasa- fasa alahan,kepenatan, tidur tidak lena dan sebagainya. Namun bergantung pada individu, ada sesetengahnya, sehingga trimester ketiga masih melalui fasa ini.

Apabila memasuki trimester pula, doktor atau jururawat akan meminta si ibu mencatat pergerakan bayi. Perkara ini kadangkala sukar bagi ibu-ibu kerana seringkali lupa atau sibuk dengan tugasan  harian.

Menurut kolej pediatrik Amerika dan kebanyakan doktor pakar perbidanan dan sakit puan, mereka mencadangkan agar kiraan sehingga 10 kali pergerakan perlu dilakukan tidak kira sama ada tendangan, gulungan, tumbukan atau pergerakan-pergerakan lainnya dalam tempoh 12 jam.  Sekiranya tiada pergerakan atau bayi kurang aktif, si ibu perlu segera merujuk kepada doktor.

Oleh yang demikian, bagi memudahkan urusan ibu-ibu yang mengandung, Sharifah Nur Afifah berkongsikan cara untuk mencatat pergerakan bayi dalam kandungan. Lain orang lain caranya, tetapi mungkin cara ini dapat dimanfaatkan oleh ibu yang lain.

KEPADA semua  bakal ibu dan ibu-ibu yang mengandung, saya ada beberapa tips nak kongsikan di sini. Kebiasaannya apabila sudah masuk trimester ketiga, kita diwajibkan untuk mengira 10 kali pergerakan bayi dalam masa 12 jam dan catat pergerakan tersebut di dalam buku merah. Jadi untuk memudahkan cara mencatat pergerakan bayi adalah : 
  1. Buatkan satu group Whatsapp antara kamu dan suami
  2. Rekod dan kemaskini di dalam group setiap masa kamu merrasa bayi menendang atau ada pergerakan.
  3. Bila ada masa terluang, salin kesemua maklumat di dalam whatsapp group ke Buku Merah. Di dalam whatsapp ada tercatat tarikh dan masa, ia lagi mudah untuk kita kenalpasti kekerapan pergerakan bayi dalam kandungan.



Seperti saya, apabila tiba hari untuk check up, saya akan catat segala maklumat daripada Whatsapp ke buku merah. Cara ini  lebih senang kerana telefon bimbit sentiasa ada bersama kita 24 jam.

P/S: Di dalam gambar itu, saya update jam 11.04 pagi tiga kali sebab antara jam 9.13 pagi ke 11.03 pagi saya busy sangat sampai tak sempat nak update. Tetapi saya dah rasa pergerakan baby tiga kali. 

Itulah sajalah tips saya. Semoga bermanfaat kepada semua. Enjoy your pregnancy.