Dengan Strider Bike, anak-anak dah tak perlu melekat dengan gajet

Loading...

Strider Bike atau nama asalnya Balance Bicycle dicipta untuk membantu kanak-kanak mengawal keseimbangan dan cara mengemudi basikal tanpa pengayuh dan rantai seperti yang sedia ada pada basikal biasa.

Banyak kelebihan menggunakan basikal seperti ini selain dari membantu kanak-kanak belajar mengenai kesimbangan dan mengemudi, ia juga membuatkan kanak-kanak lupakan dunia gajet serta beriadah di luar.

Baru-baru ini, seorang individu berkongsi tentang basikal ini dan apa yang menariknya, kanak-kanak yang mempunyai Strider Bike boleh menyertai Strider Cup Malaysia atau Push Bike Tournament. Mesti anak-anak teruja!

BARU-BARU ini kawan saya di Denmark berkongsikan bahawa anak-anak seawal usia satu tahun setengah sudah diperkenalkan dengan Strider Bike di sana. Di Jepun juga sama dan Strider Bike ini sangat famous. Ia sangat unik, tiada paddle, tiada brek dan tiada rantai. 

Pada mulanya saya agak pelik juga, apa yang istimewanya Strider Bike ini? Sudahlah tiada paddle, tayar penyokong kecil tepi itu pun tiada. Macam mana basikal ini nak bergerak? Confuse. 

Baru saya faham. Untuk anak-anak kecil menguasai kemahiran berbasikal ini, perkara paling asas adalah kebolehan mengimbang atau balance. Kalau tidak boleh mengimbang, anak saya akan lambat naik basikal besar berpaddle. Kuncinya adalah keseimbangan. 



Dengan Strider Bike, anak-anak kita akan dilatih mengawal kesimbangan badan mereka. Selain itu, ia juga menguatkan otot-otot kaki serta meningkatkan stamina mereka. Strider Bike ini juga boleh dibawa ke pelbagai jenis permukaan rata sama ada berumput atau bertanah. 

Anak-anak sudah tidak perlu melekat dengan gajet. Paling menarik, setiap bulan anak kita boleh menyertai Strider Cup malaysia atau PushBike Tournament yang diadakan di seluruh negara. Di sini, kesemua penunggang Strider Bike boleh berkumpul dan masing-masing boleh mengasah kemahiran berlumba mengikut kategori dari umur dua hingga enam tahun. Anak-anak selalunya teruja nak menyertainya. 

Jemput menonton video pendek Strider di Jepun bersama anak-anak kita. InsyaAllah mesti mereka gembira menonton video ini. 



Jika berminat nak hadiahkan kepada anak kita, bolehlah WhatsApp saya. Sehabat-sahabat semua boleh follow Facebook saya untuk kemaskini mengenai Strider Bike dan racing event.