'Dia jadi begitu sebab nervous gila!' - Instafamous Aqil tampil pertahankan Mira

Loading...

Susulan viral seorang Instafamous yang didakwa berkelakuan menjengkelkan di program Motif Viral baru-baru sehingga dikecam netizen di media sosial, rakan baiknya, Aqil Zulkiflee, tampil mempertahankan rakannya itu dari terus menjadi mangsa kecaman netizen. 

Aqil Zulkiflee yang turut diundang ke Motif Viral pada episod itu menjelaskan ada banyak adegan yang telah dipotong dan dia bukanlah diam sepanjang sesi Mira ditemubual dalam rancangan berkenaan. 

"Ramai sayang DM (Direct Message) aku tanya tentang Mira. Makin viral satu Malaysia sebab sikap dia yang kurang sopan bila kena interview. 

"Pertama sekali ya dia memang salah. Tetapi tidak sepatutnya korang kecam, ejek dan hina dia seperti korang tak pernah buat salah. Setiap orang buat salah lain-lain kan? Jadi tak perlu bazirkan tenaga nak menghina dan tambah dosa saja. 

"Salah satu sebab dia jadi begitu sebab nervous gila! Ya, masa mula-mula masuk di set (scene ini telah dipotong), Mira diam dan balas "Yes... Yes" sahaja. Hos kata senangnya nak interview Mira ini, macam yang lain jawab Yes dan No sahaja. 

"Masa itu Mira triggered and tadaaa! Dia merapu sepanjang interview itu. Sampaikan semua orang yang berada di set takut, dia jawab dengan nada kuat, buat lawak hambar, facial expression dia berubah-ubah, cakap semua berterabur. 

"Itu berlaku kerana dia tak boleh mengawal perasaan gemuruhnya. Dia anggap interview itu seperti dia buat rakaman depan video selama ini. Jadi dia berperangai seperti itu. 


"Bila dah nervous, macam-macam boleh terjadi kan? Lebih-lebih lagi communication skills dia rendah. Bagi presentation di depan kelas pun menggigil, inikan pula masuk tv? Ha, faham-faham sajalah. 

"Ramai yang kata aku diam saja masa Mira masuk. Sebenarnya aku fikir part aku dah habis jadi aku diam sajalah dan biarkan Mira jawab seorang. Ada juga aku menyampuk cakap sikit tetapi scene itu dah dipotong juga. Jadi korang nampaklah aku diam saja selepas Mira masuk set. 

"Ada yang bertanya tak malu ke berkawan dengan Mira? Aku dapat banyak soalan seperti ini sampaikan ada yang kata aku salah berkawan dengan orang. 

"Weh, member buat salah sekali, kau tinggalkan member? Aku tak kata pun apa dia buat selama ini semuanya betul. Tetapi itulah gunanya kawan, nasihat. 

"Setiap orang ada ada salah silap masing-masing. Dalam hal ini dia memang salah, tetapi cubalah bukam indak orang kejap. Fikir positif sikit kenapa dia jadi begitu. Orang buat sesuatu mesti bersebab, bukan senjaga sampai nak memalukan diri. 

"Orang memang nampak buruk dia saja sebab orang tak berminat nak tahu apa yang baik sangat dia ini. Masa mula-mula aku kenal Mira, dia selalu cerita pada aku yang dia nak sangat sambung belajar. Tetapi keluarga tak mampu nak tanggung. 

"Dia cakap rezeki dia di sini saja, tak ada rezeki nak sambung belajar. Rezeki Allah bagi, dia tolong adik beradik lain sambung belajar. Tolong bayar itu ini bantu keluarga. 

"Apa yang dia cakap dalam motif viral itu semuanya dia cakap tanpa berfikir panjang. Sumpah dia kata pada aku yang dia menyesal sangat dan tak tahu kenapa dia cakap seperti itu. Rasa bodoh sangat masa itu. Masa itu memang dia moody saja. 

"Aku nak pesan sikit. Kata-kata manusia ini lagi tajam daripada pisau. Tak semua orang yang mentalnya kuat boleh menahan kecaman, cacian, hinaan bertubi-tubi. Jangan disebabkan kata-kata korang itu boleh membunuh orang. Sebaliknya nasihat dan ajak dia ke arah kebaikan. Semua nak masuk syurga sama-sama kan?


"Nasi sudah menjadi bubur, tak boleh nak putarkan balik masa. Dia kena hadap dan tanggung apa yang dia buat. Semua manusia buat salah. Kalau tak mampu nak berkata yang baik, lebih baik berdiam sahaja.

"Yang buruk itu datangnya dari kita, yang baik datangnya dari Allah. Maafkan dia kalau dia salah, bukannya terus menghina, mengumpat dan mencaci. Terima kasih," demikian kata Aqil di Instagramnya. 

BERITA BERKAITAN: