'Dia kata saya macam gajah dan muka macam jalan tar' - Dulu dihina dan ditinggalkan, kini dia bangkit dan buktikan dia boleh hidup tanpa lelaki itu

Loading...

"Dulu berat saya 63 kilogram (KG). Yes, gemuk dan muka berjerawat. Saya masih ingat dia cakap saya macam gajah dan muka macam jalan tar. Dia tinggalkan saya," demikian tulis Zahara di Twitter yang menerima pelbagai reaksi positif dari netizen. 

Berkongsi pengalaman lalu, Zahara mengaku dia pernah dihina sedemikian oleh bekas teman lelakinya dan ketika itu berat badannya 63 kg. Enggan terus dihina seperti itu, Zahara mengambil inisiatif untuk bangkit semula dan buktikan bahawa dia boleh berubah ke arah yang lebih baik, biarpun tanpa adanya lelaki itu di sisinya. 

"Gambar di sebelah kanan adalah penampilan saya yang terkini. Alhamdulillah, 58 kg. Kalau teman lelaki korang tinggalkan korang, improve diri korang menjadi lebih baik. Jangan sedih-sedih, okey?" tulisnya. 


Semuanya bermula apabila Zahara mendapati bekas teman lelakinya itu berlaku curang. Lebih teruk lagi, tanpa rasa bersalah lelaki itu siap membanding bezakan Zahara dengan kekasih gelapnya itu. 

"Dia kantoi curang, saya maafkan dia. Dia siap membandingkan saya dengan perempuan yang dia curang itu. Hahaha. 

"Itulah, saya pun dah rasa dulu. Saya okey saja, dia yang rasa 'bagus'," tulisnya yang redha dan mengambil iktibar dari peristiwa itu. 

Berkongsi bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan, Zahara menasihatkan golongan perempuan di luar sana perlu tetapkan pada minda mereka untuk berubah dengan bersenam dan menjaga gaya pemakanan. 

"Tipsnya, kita kena tetapkan dalam otak yang diri kita mahu menjadi lebih baik, agar dia (bekas) tahu yang kita boleh menjadi lebih baik selepas kena game dengan dia. Barulah dia tahu yang kita boleh hidup tanpa dia. Dengan cara itu, kita akan menjadi lebih rajin bersenam.


"Saya tak makan apa-apa. Saya jogging setiap hari, workout jangan skip. Buat sit up saja, sekurang-kurangnya 30 kali sehari. Minum air yang banyak. 

"Untuk penjagaan kulit, saya tidak dapat membantu sebab saya tak pakai skincare ke apa. Tips yang saya kongsikan ini tips dari orang makan hati. Bahaya kalau tak makan apa-apa, setidak-tidaknya makanlah buah-buahan," tulisnya.