'Ini jek kereta mainan ke kereta wira ni? Syaitonn!' - Nak beli jek kereta terbeli jek mainan, netizen tergelak sampai menangis

Loading...

Bak kata Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, "Inilah pentingnya english education". 

Seorang pengguna telah membeli jack stands dari laman beli-belah online terkemuka, Lazada dengan harga lebih kurang RM70. Namun ketika barang tersebut sampai ke tangannya, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati saiz jack stands itu berbeza dari apa yang disangkakan. 

"Beli jack stands 3 ton di Lazada. Buka-buka letak bawah kereta. Ini nak jek kereta mainan ke kereta wira ni? Syaitonnnn! Nakharom sungguh!" tulis Syairozi Ali di Facebook

Perkongsian Syairozi itu membuatkan netizen ketawa dan terhibur dengannya dan post tersebut viral di media sosial. 

"Ini Menara Paris berkembar, buat hiasan sajalah, hantu betul. Beli dengan harga RM70, yang besar punya harga. Sampai-sampai jadi kecil pula. Di China sejuk sangat kot, tu yang kecut," selorohnya. 

Gara-gara geram dengan insiden yang menimpanya itu, Syairozi telah mengambil keputusan untuk membuang aplikasi Lazada dari telefon bimbitnya. 



Bagaimanapun menurut netizen, kesilapan berpunca dari Syairozi yang tidak membaca diskripsi barangan tersebut dengan jelas, sedangkan sudah tertera pada iklan dan bungkusan barangan yang menyatakan jack stands yang dibelinya itu sememangnya bersaiz kecil dan digunakan untuk kereta kawalan jauh.

"Bukankah sudah dinyatakan suitable for 1/10 RC4WD D90 SCX10 rock crawler RC Car. Cuba Google kereta apa yang dimaksudkan. Lagipun gambar kedua dalam Lazada itu pun sudah jelas menunjukkan benda ini benda mainan sebenarnya," kata Muhd Almizan. 



Menyedari kesilapannya itu, Syairozi menjelaskan dia kurang memahami diskripsi yang ditulis dalam bahasa inggeris. Malah dia juga tidak begitu arif dengan barangan yang dibeli menyebabkan kesilapan itu berlaku. 

"Dia tulis skala 1/10, tapi otak sangkut di skala 6 saja. Mana kita biasa benda-benda seperti itu. Baca suratkhabar The Star pun tengok gambar sahaja," selorohnya. 



Sudah banyak kes seumpama ini berlaku dan rata-rata kes berpunca dari pengguna yang tidak membaca diskripsi yang disertakan. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa membaca diskripsi sebelum membuat pembelian agar tidak menyesal di kemudian hari.