Jangan post gambar baby baru lahir, bimbang terkena 'penyakit ain'

Loading...

Seringkali dinasihatkan agar tidak merakam atau memuat naik gambar bayi yang baru lahir ke media sosial, namun berapa ramai yang mendengar nasihat itu? Meskipun dijelaskan mengapa dan kenapa, tetapi ada yang mendakwa itu semua kolot dan tidak percaya. Akibatnya di kemudian hari, si anak yang masih kecil itu pula yang menanggung akibatnya. 

Founder Team Tazkirah, Mustaqim Ahmad, melalui Instagramnya berkongsi mengenai perkara ini untuk kebaikan si kecil yang tidak berdosa itu. 

"Jangan post gambar baby yang baru beranak. Dalam beberapa minggu, kalau nak post, silakan." 

Saya pernah dengar nasihat orang ini dulu. Tapi saya tak berapa faham mengapa. Setahu saya tiada pula dalil haram gambar baby baru lahir. Selepas saya membuat rujukan, rupanya ini ada kaitan dengan penyakit ain ataupun penyakit mata. 

"Penyakit mata? Kenapa dengan mata?" 

Bukan sakit mata, penyakit ain ini adalah pandangan manusia yang penuh dengan takjub atau cemburu sehingga ia memberi kesan kepada yang dipandang. 

Dengar seperti tidak masuk akal. Dengar macam kuasa sharingan saja (Fans Naruto je faham). Dalam sebuah hadis Nabi SAW:

"Penyakit ain itu benar-benar ada. Seandainya ada sesuatu yang bisa mendahului takdir, ainlah yang dapat melakukannya," (HR Muslim). 


Penyakit ain ini betul dan bahaya juga serta tak boleh kita ambil remeh. Penyakit ain ini terjadi apabila orang pandang kita dengan takjub/kagum ataupun dengan cemburu. Hinggakan kita ini jatuh sakit. 

Ibn Abbas pernah berkata, "Dikatakan bahawa Fulan terkena ain, yaitu apabila musuh atau orang-orang dengki memandangnya lalu pandangan itu mempengaruhinya hingga menyebabkannya jatuh sakit."

Kadang-kadang bukan kerana ada sifat iri hati, tetapi dengan terlampau takjub pun boleh jadi penyakit ain. Sebab itu apabila baby baru lahir, mereka ini masih suci, comel, kita upload gambar mereka hingga ditatap oleh manusia. 

Kita tidak tahu mungkin ada yang akan melihat dengan penuh takjub atau mungkin dengan penuh iri hati. Kita risau bayi itu akan kena penyakit ain. Maka disebabkan itu afdal kita tak muat naik gambar mereka. Sebab itu kita jangan terlalu rasa takjub atau iri hati apabila melihat anak-anak atau harta milik saudara kita. Takut kita yang menjadi puncanya. 

"Apabila seseorang dari anda melihat sesuatu dari saudaranya, atau melihat diri saudaranya, atau melihat hartanya yang menakjubkan, maka hendaklah ia mendoakan keberkatan untuk saudaranya tersebut kerana sesungguhnya penyakit ain benar-benar ada." (HR. Ahmad). 

Cara untuk mengubati penyakit ain ini adalah dengan membaca ayat ruqyah. Mungkin ada yang kata "ini macam tak scientific.". Sebenarnya ada kajian berkenaan mata dan mereka temui bahawa mata ini memberi electromagnetic signal.