'Kerajaan BN sentiasa menunaikan janji' - PM

Loading...

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat Malaysia perlu meletakkan kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal mentadbir negara agar nasib rakyat terjamin dan terbela, lapor Berita Harian.

Menurut beliau, BN sebagai parti pemerintah sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat kepada rakyat akan ditunaikan demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat, malah turut memberi perbandingan sekiranya rakyat tersilap memilih parti dalam pilihan raya umum akan datang, hanya akan menyebabkan rakyat mendapat 'janji kosong' yang tidak akan ditunaikan. 

"Kita (BN) sentiasa menunaikan janji. Kita berharap (rakyat) meletakkan kepercayaan kepada kerajaan yang sentiasa menepati janji. 

"Jika meletakkkan kepercayaan kepada parti pembangkang, inilah yang akan berlaku. Kita kalau termakan kata-kata dan janji kosong pembangkang, ini yang akan berlaku bertahun-tahun. Janji tinggal janji, tidak ada apa yang ditunaikan. 

"Kita mesti letakkan kepercayaan kepada parti dan kerajaan yang membela nasib serta masa depan kita," katanya.


Beliau yang melancarkan jentera pilihan raya BN Selangor di Dataran Kampung Sungai Chik, Ulu Yam Baharu, hari ini, juga menyenaraikan lima kelemahan besar Kerajaan Selangor berdasarkan kajian yang telah dibuat.
  1. Masalah bekalan air dan kos harga rumah yang tinggi
  2. Mengenakan cukai yang membebankan rakyat Selangor
  3. Pengurusan Sampah yang lemah
  4. Gagal menguruskan sungai dengan baik

"... air gagal diuruskan kerajaan negeri, tengok sahaja pembangkang di Kelantan, kita (Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri) boleh uruskan air tetapi di sini (Selangor) mereka utamakan politik, bukan hal rakyat," katanya berucap di hadapan kira-kira 5,000 jentera dan penyokong BN selangor. 

Justeru, Najib memberi jaminan bahawa semua kelemahan itu boleh diselesaikan sekiranya BN berjaya mendapat semula kuasa politik di Selangor.