'Kes budak meninggal di waterworld memang sahih. Tetapi jalan ceritanya tidak berapa tepat' - Sumber


Tersebar di media sosial seorang lelaki bernama Muhd Fakhrullah mendakwa seorang perempuan maut akibat tercampak keluar dari permainan corong di sebuah taman tema air di Melaka. 

Menurut Muhd Fakhrullah, mangsa yang merupakan anak saudara kepada orang rumahnya, melambung keluar dari permainan itu kerana pusingannya laju. 

"Mangsa meninggal dunia di Hospital Tampin, beberapa jam selepas kejadian itu," tulisnya. 


Dakwaan itu kemudian viral meluas di media sosial dan menyebabkan ramai netizen yang mempersoalkan kesahihan berita tersebut. 

Tampil seorang lelaki memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku dan meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi selepas membaca penjelasannya. 

"Kes budak meninggal di waterworld memang sahih. Tetapi jalan ceritanya tidak berapa tepat," kata Mohd Noor Azri Hazahar yang juga merupakan bekas kakitangan di tempat berkenaan. 

"Arwah naik Slide Big Ice-cream, masuk dalam kon. Arwah lepas tangan nak selfie. Akibatnya, arwah terjatuh dari pelampung dan terus menggelongsor ke bawah sebelum pelampung. 

"Check di hospital leher dan tangan, doktor declare arwah stabil dan boleh discharge. Mana tahu ajal dah tiba, arwah meninggal dunia. 

"Jadi saya nak tekankan, jangan melatah sebelum siapa. Jangan kongsi dan buat spekulasi sendiri. Tiada isu mengenai tahap keselamatan atau mainan berbahaya, malah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga ada. 

"Kepada yang sebarkan gambar arwah mangsa, padamkanlah. Kasihan pada keluarga mangsa. Saya bukan nak backup sesiapa, cuma tidak mahu ada yang salah faham dan dikenakan tindakan," katanya. 


Sehingga kini, pihak taman tema air berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan biarpun netizen sudah mula meninggalkan komen di Facebook rasmi mereka bertanyakan kesahihan dakwaan itu. 


Rakaman video dari pengunjung yang pernah bermain permainan tersebut - Sumber: YouTube InsaneCoasterPOVs