Kontrak Izreen Azminda sebagai duta produk kecantikan ditamatkan

Loading...

Ekoran permasalahan rumah tangga pelakon Izreen Azminda, syarikat produk kecantikan, Meeracle teah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Izreen sebagai duta syarikat berkenaan, lapor Roti Kaya

Dalam kenyataan Meeracle, kontrak Izreen sebagai dutanya telah pun tamat pada 15 Februari lalu dan pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak Izreen di atas sebab-sebab tertentu. 


Terdahulu, Izreen dan suaminya, Ude, telah menutup akaun Instagram masing-masing dari terus dikecam netizen kerana permasalahan rumah tangga di mana Ude dilaporkan mahu menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, kerana sudah tiada persefahaman. 

Lapor Oh Bulan, Intan dalam Instagramnya pada 1 Mac lalu turut memuat naik gambar ulang tahun perkahwinannya genap lima tahun, yang membuatkan netizen tersentuh dan bersimpati dengan nasib yangs menimpa dirinya. 

"Aku pernah sayang orang sepenuh hati. Sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia. Sedih itu datang dari hati, bukan dari muka. Luar nampak happy, tapi dalam hanya Tuhan saja yang tahu. 

"Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta, semoga Allah satukan kita dengan orang yang mencintai kita," tulisnya pada gambar berkenaan. 




Empat hari sebelum itu, Intan juga memuat naik kata-kata berikut: 

"Dalam diam kau toreh hati aku dalam-dalam. Kau tinggalkan kesan luka yang aku sendiri tak tahu apa puncanya. Ya, takpe terima kasih."