'Pihak kami sudah memaafkan individu yang sebarkan foto bayi kami' - Datuk K

Loading...

"Pihak kami sudah memaafkan individu yang menyebarkan foto bayi kami," demikian kata Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, suami kepadap enyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengenai gambar bayi mereka yang tersebar di media sosial beberapa hari lalu. 

Khalid berkata, dia dan Siti redha dengan apa yang berlaku dan enggan memanjangkan isu itu lagi. 

"Kami tidak mahu menjadikan ia satu isu sebab saya dan Siti pun sudah reda," katanya. 

Terdahulu, jurusolek sambilan, Wan Noor Akmal Wan Yusof, memohon maaf secara terbuka kepada pasangan berkenaan dan rakyat Malaysia di atas tindakannya memuat naik gambar bayi tersebut. 

Dalam permohonan maafnya itu berkata, dia tidak tahu yang pasangan itu belum bersedia untuk berkongsikan gambar anak mereka kepada umum. 

Sementara itu, Khalid turut berkongsi mengenai keadaan anak perempuannya itu yang dikatakan tidak banyak karenah. 

"Buat masa sekarang, bayi kami tak banyak karenah. Biasalah kalau berjaga waktu malam pun hanya untuk berikan dia susu.

"Selepas itu, dia akan tidur semula dan Siti pun dapat berehat," katanya. 

Mengenai keadaan Siti, Khalid berkata, isterinya masih belum dibenarkan pulang dan perlu dipantau kerana Siti mengalami pendarahan banyak ketika pembedahan. 

"Buat masa ini, Siti masih dalam pemantauan doktor kerana dia kehilangan banyak darah semasa pembedahan. 

"Sekarang dia perlu ditambah darah dan mungkin dalam masa dua atau tiga hari lagi dia boleh pulang," katanya. 

Sumber: mStar Online

BERITA BERKAITAN: