Rakyat akan terasa beban jika GST dimansuhkan


Rakyat Malaysia akan berdepan dengan tiga kesan buruk sekiranya pelaksaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuh, kata Ahli Ekonomi Kanan (Kemiskinan dan Ekuiti) Bank Dunia, Kenneth Simler, lapor Berita Harian.

Tiga kesan berkenaan termasuk kenaikan cukai, meningkatkan kadar hutang negara (defisit) atau terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan negara. 

Menurut Kenneth, jika situasi itu berlaku, tiga langkah berkenaan terpaksa dilakukan bagi memastikan hasil negara tidak terjejas. 

"Sama ada realistik atau tidak (langkah berkenaan) ia mungkin satu langkah drastik walaupun sebelum ini ia tidak pernah dibuat.

"Memang GST hanya baharu dilaksanakan bermula tiga tahun lalu di Malaysia, tetapi apa yang dapat dipastikan daripada pelaksanaannya, ia memberi sumber pendapatan kepada negara ini," katanya.