Tugas suri rumah 2.5 kali lebih teruk berbanding pekerjaan sepenuh masa lain - Kajian

Loading...

Tugas seorang suri rumah adalah 2.5 kali lebih teruk berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain, menurut kajian, lapor Astro Awani

Menurut kajian dari sumber tidak didedahkan itu, tinjauan melibatkan jadual mingguan melibatkan 2,000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 tahun,

Secara purata, suri rumah mula bekerja seawal jam 6.23 pagi lebih awal daripada kebanyakkan pekerjaan lain memulakan kerja mereka. Sementara tugas harian mereka, sama ada berkaitan pekerjaan atau penjagaan anak hanya selesai jam 8.31 malam.

Ini bermakna, seorang suri rumah bekerja selama 14 jam sehari atau secara purata 98 jam seminggu. 

Sementara itu, kajian yang dijalankan oleh Welch's, sebuah syarikat jus di United Kingdom pula melaporkan, suri rumah hanya mempunyai masa satu jam 7 minit untuk bersendirian atau melakukan sesuatu untuk dirinya sendiri. Waktu tersebut dikategorikan lebih sedikit berbanding waktu rehat tengah hari dalam sektor pekerjaan yang lain. 

Laporan The Independent pula mendapati 40 peratus golongan ibu merasakan mereka didominasi oleh senarai tugas yang tidak pernah berakhir.

Suri rumah ini juga menamakan tiga perkara yang perlu ada dalam menguruskan tugas harian iaitu bekalan kopi berterusan, keupayaan untuk tidur dan nada suara yang berkesan apabila marah.