(Video) 'Aku redha, sekarang tiada lagi ovari dan rahim'

Loading...

Segala yang kita miliki hanyalah pinjaman dari Allah. Segala bentuk pinjaman yang ada termasuklah organ dalaman kita, pada satu masa Allah akan mengambilnya. Wanita merupakan golongan yang lemah, namun wanita juga diberikan kekuatan tatkala diuji.

Seringkali kita didedahkan dengan perkhabaran sebilangan wanita yang terpaksa dibedah kerana kehadiran cyst. Cyst menyerang bukan sahaja kepada wanita yang sudah berkahwin dan berusia malahan ada dalam kalangan perempuan belasan tahun disahkan ada cyst. Hal ini digeruni oleh sesetengah wanita, kerana situasi ini akan meninggalkan kesan yang berpanjangan kepada fizikal dan emosi. 

Menurut Dr Zubaidi di dalam penulisannya, ovarian cyst bukan bersifat penyakit. Setiap kali wanita normal mengalami haid, ovari akan membentuk gelembung yang dipanggil sebagai ovarian folikel. Disitu terdapat benih wanita yang dipanggil ovum. 

Selepas ia dikeluarkan melalui darah haid, sepatutnya ovarian folikel ini mengecut. Tetapi ada sesetengah dari wanita yang ovarian folikelnya tidak mengecut dan membesar melebihi 2 cm dan ia dipanggil ovarian cyst. 

Hety Ezleen merupakan salah seorang wanita yang diuji. Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana sebelum nikmatnya ditarik, dia telah merasai nikmat mengandung dan telah dikurniakan zuriat.  Dia turut melahirkan rasa syukur kerana dikelilingi oleh insan-insan yang positif. 


"Tiada kata-kata yang mampu dilafazkan. Organ-organ itu Allah bagi pinjam sementara. Aku redha, sekarang tiada lagi ovari dan rahim demi keselamatan diri. 

"Syukur kerana telah merasai kenikmatan mengandung dan dikurniakan zuriat. Sekarang dalam proses pemulihan. Sakit di tempat pembedahan tu, Ya Robbi, berdoa dan menangis sahaja yang mampu diluahkan semasa lepas bedah la baru datang batuk-batuk. Rasa sakit dia tak tertahan Ya Allah. Aku menangis lagi dan terus menangis. 

"Sesungguhnya aku tak kuat nak  harunginya. Hari-hari menangis kerana emosi tidak stabil. Syukur dikurniakan insan-insan yang sangat positif di sekelilingku," katanya.

Perut buncit yang mengandungi cyst yang sedang aktif membesar
Perut yang membuncit seakan mengandung
Ketumbuhan Cyst pada ovari
Rahim