(Video) Anak dilanggar kereta ketika melintas jalan, ibunya sibuk bermain telefon

Loading...

Seorang kanak-kanak lelaki dilanggar ketika melintas di lintasan pejalan kaki, sementara ibunya pula sibuk menggunakan telefon bimbit, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian 14 Mac lalu di wilayah Guangxi, China, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua kanak-kanak lelaki berjalan di di lintasan pejalan kaki sementara ibunya masih menunggu di tepi jalan dan leka dengan telefon bimbitnya. 


Mangsa yang sudah melintas ke seberang jalan bagaimanapun berpatah balik apabila mendapati abangnya masih berada di tengah lintasan pejalan kaki.

Mangsa terus berlari untuk mendapatkan abangnya tanpa menyedari sebuah kenderaan jenis SUV yang dipandu laju sedang melalui jalan tersebut. 

Pemandu SUV berkenaan segera melakukan brek kecemasan, tetapi gagal berbuat demikian kerana jaraknya yang terlalu dekat menyebabkan mangsa dilanggar dan terpelanting ke depan. 

Si ibu yang terkejut dengan kejadian itu segera mendapatkan anaknya sebelum membawa mangsa ke hospital dan doktor mengesahkan mangsa hanya mengalami calar di beberapa bahagian badan dan diberi rawatan. 

Ekoran kejadian itu, polis telah memberi amaran kepada ibu mangsa agar lebih berhati-hati di masa akan datang.