(Video) Beli tanah juta-juta pastu block jalan utama, belajar kat mana ni?


Viral di media sosial video rakaman penduduk yang kesal dengan tindakan seorang pemilik rumah di kawasan itu yang bertindak membuat benteng konkrit di jalan utama kawasan berkenaan atas alasan telah membeli kawasan tersebut termasuk jalan raya di hadapan rumahnya. 

Tindakannya itu telah menyebabkan penduduk di kawasan Benut, Pontian, Johor, terkandas dan tidak dapat melalui jalan tersebut sehingga mengganggu aktiviti seharian mereka. 

Berdasarkan video tersebut, ia berpunca dari seorang lelaki yang telah membeli kawasan itu dengan harga berjuta ringgit. 

"Inilah rumah lelaki yang kerek (sombong) itu. Dia beli tanah berjuta-juta. Tengok, dia dah buat rumah cantik dah. 

"Yang masalahnya sekarang, ini adalah jalan utama ke Benut. Di sebelah hadapan ini adalah tanah dia dan disebabkan itulah dia buat benteng konkrit seperti ini. Tengok, semua orang tersekat di sini. 




"Balik dari kerja, nampak benteng konkrit ini. Tak ke kurang ajar buat begini? Tak ada bincang, tak ada apa. Simen pun masih baru dan basah lagi," kata perakam video tersebut. 

Menurutnya, penduduk telah cuba masuk ke rumah individu berkenaan. Tetapi penghuninya tiada di rumah. 

"Semua tengah bengang dengan lelaki ini. Ini patut diviralkan, kedekut nak mampus," katanya.