(Video) 'Kau memang sengaja cari penyakit'

Loading...

Seorang penunggang motosikal menerima padah apabila tindakannya yang sengaja menyebabkan kemalangan kecil, membawa kepada kemalangan yang lebih serius selepas dia cuba melarikan diri dari mangsanya. 

Dalam kejadian pada jam 7.52 pagi, Khamis lalu di China, mangsa yang dalam perjalanan ke destinasi memandu seperti biasa dan secara tiba-tiba penunggang motosikal di depan kenderaannya berhenti secara mengejut dan berpura-pura melihat ke belakang, dipercayai sengaja berbuat demikian untuk menganiaya mangsa. 

Lelaki terbabit terus memecut motosikalnya meninggalkan mangsa yang kemudian mengambil keputusan untuk mengejar lelaki yang tidak bertanggungjawab itu meskipun terpaksa mencelah secara berbahaya. 

Setelah berjaya mengejar penunggang terbabit, mangsa terus merempuh lelaki itu yang kemudian kelihatan hampir saja hilang kawalan dan sekali lagi dia terus melarikan diri. 

Dalam cubaan kedua, mangsa tidak berjaya merempuh lelaki itu berikutan ada beberapa penunggang basikal berhampiran dan peluang itu digunakan sebaiknya oleh lelaki terbabit melarikan diri. 

Dalam cubaan ketiga, mangsa berjaya menghampirinya dan lalu merempuh lelaki itu tanpa teragak-agak dan akibatnya lelaki terbabit hilang kawalan lalu merempuh tebing jalan sebelum separuh badannya terhentak pada belakang kereta yang diletakkan di bahu jalan. 


Mangsa bagaimanapun masih hidup dan dipercayai mengalami kecederaan akibat rempuhan itu. 

Tidak diketahui nasib kedua-dua individu berkenaan. Namun netizen dinasihatkan tidak mencontohi perangai kedua-dua individu ini yang ternyata boleh mendatangkan kesusahan pada diri.