(Video) Peninju MMA tewaskan Master Wing Chun?


Peninju MMA (Mixed Martial Arts) yang pernah menimbulkan kontroversi dengan sikap bongkaknya menewaskan pengamal seni pertahankan diri kuno China, Tai Chi, sekali lagi menjadi perhatian media apabila dia menewaskan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai guru seni pertahankan diri Wing Chun, lapor Nextshark

Ahad lalu, peninju MMA berkenaan, Xu Xiaodong, 33, menewaskan Ding Hao, 20, pengamal Wing Chun, seni pertahankan diri yang diasaskan oleh Ip Man. 

Xu menewaskan Ding sebanyak enam kali dalam tiga pusingan yang disiarkan secara langsung pada 18 Mac di Chengde, wilayah Hebei. 

Tahun lalu, Xu dikecam teruk oleh netizen selepas perlawanannya bersama guru Tai Chi tahun lalu, apabila dia berikrar untuk membuktikan bahawa Seni Mempertahankan Diri Tradisional Cina adalah pembohongan semata-mata. 

Meskipun Xu berjaya menewaskan Ding, netizen mula mempersoalkan latar belakang Ding yang agak meragukan. 

Berdasarkan video perlawanan tersebut, Ding  pada awalnya banyak menyerang Xu. Tidak lama selepas itu, Xu bangkit dan melakukan serangan bertubi-tubi terhadap Ding di bahagian kepala, menyebabkan Ding terjatuh beberapa kali. 




Serangan itu menyebabkan Ding berdarah di bahagian muka dan pengadil menganggap perlawanan itu sebagai seri. 

Ding yang begitu mudah diserang oleh Xu menimbulkan persoalan apakah dia benar-benar layak untuk mewakili Wing Chun? 


Seorang kolumnis di negara itu mendakwa Ding tidak layak mewakili Wing Chun, malah dia bukan ahli dalam Persatuan Wing Chun. 

"Cara dia menumbuk, tak nampak seperti seperti Wing Chun langsung. Tindak balas Ding terlalu perlahan untuk digelar sebagai Wing Chun Master," kata netizen.