(Video) 'Selama ini kebanyakan post kau aku maki. Tetapi yang ini aku puji' - Netizen puji Aliff Syukri beri sumbangan kepada golongan susah

Loading...

"Saya sedih sebenarnya bila tengok ramai rakyat Malaysia yang susah, merana dan saya bersimpati dengan mereka," demikian kata pengasas D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri di Instagramnya hari ini. 

Terdahulu, beliau memuat naik video pemberian sumbangannya kepada golongan yang memerlukan, menerima pelbagai reaksi positif netizen.

Difahamkan, Majlis Penyerahan Zakat anjuran D'Herbs Holding M (Sdn Bhd) itu diadakan pada pagi tadi dengan kerjasama pihak Lembaga Zakat Selangor.

"Wajah mereka apabila mendapat bantuan, senyum girang tak terhingga. 

"Inilah perjuangan yang saya nak berjaya dalam perniagaan. Terima kasih kepada mereka yang menyokong perniagaan saya selama ini. 

"Semoga bantuan seperti ini dapat menggembirakan mereka. Mari kita bersama-sama aminkan supaya ramai lagi yang boleh membantu mereka yang kurang berkemampuan. 

"Semoga lebih ramai yang merasai rezeki ini bila dikongsi bersama," katanya. 
Sementara itu, netizen memuji Aliff Syukri dan mengatakan bahawa inilah 'Badang' yang sebenarnya dan Aliff Syukri sepatutnya begini sejak dari awal lagi. 

"Alhamdulillah, pemurahnya Aliff Syukri. Bagi duit macam bagi kertas iklan saja. Kan bagus kalau buat begini, tak perlu nak isi borang atau syarat kelayakan bagi. Menyusahkan rakyat saja," kata Jerico Adam. 

"Alhamdulillah, semoga Datuk dan keluarga sentiasa dirahmati dan dilimpahi rezeki yang luas. Gembira saya sebagai hamba Allah melihat ada insan yang suka membantu golongan susah sebegini. Tahniah Datuk, keep it up!" kata Nik Afifi. 

"Selama ini kebanyakan post kau aku maki. Tetapi yang ini aku puji. Macam ini barulah dikatakan kaya. Kalau bukan Melayu tolong Melayu, siapa lagi nak tolong?" kata Perfume Borong. 

"Dari awal macam gini kan bagus Datuk. Mencari pahala lagi bagus dari populariti. Barulah ramai yang doakan baik-baik untuk Datuk. Semoga berjaya dalam dunia dan akhirat. Amin," kata Bazli Syazani.