8 lelaki rogol gadis bergilir-gilir di ladang tebu

Loading...

Padah menyertai pesta arak bersempena sambutan ulang tahun kelahiran rakan, seorang gadis dirogol bergilir-gilir oleh lapan lelaki, lapor Detik News. 

Menurut polis daerah Jombang berkata, kejadian itu berlaku di sebuah ladang tebu di Desa Badang, Jakarta, Sabtu lalu. 

Ketua Polis Jombang, Asisten Komisioner Fadli Widiyanto berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu selepas mangsa berusia 14 tahun menceritakan semula kejadian tersebut kepada ibunya. 

"Mangsa adalah rakan kepada salah seorang suspek. Dia dirogol ketika semua suspek berada di bawah pengaruh alkohol.

"Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami trauma," katanya. 

Susulan itu, polis telah memberkas lima lelaki termasuk beberapa individu bawah umur dan sedang giat memburu suspek yang masih bebas. Jika didapati bersalah, kesemua suspek boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara.