'Abah tak sangka, inilah perjalanan terakhir adik tinggalkan abah' - Luahan sayu bapa kandung mangsa dera


“Alhamdulillah semalam adik datang jugak dalam mimpi Abah. Adik senyum je ja dengan jubah putih adik tu. Walaupun tak cakap, adik senyum je kat Abah dengan kopiah adik”

Semalam, netizen terkesan dengan berita kematian seorang kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun akibat didera oleh teman lelaki ibunya. 

Allahyarham Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan yang berusia enam tahun meninggal dunia dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus.  Pakar Patologi Hospital Sultanah Bahiyah telah menjalankan siasatan ke atas jenazah dan mendapati mangsa maut selepas dipukul dengan objek tumpul pada bahagian badan.

Bapa mangsa, Hairil Khan Azali, 32, berkata kali terakhir dia bertemu dengan anaknya sekitar bulan lalu dan ketika itu keadaannya masih sihat. Dia sudah berpisah dengan bekas isterinya sejak tiga tahun lalu. Sebelum ini, dia kerap berjumpa dengan arwah tetapi sebulan yang lalu, dia tidak dapat berjumpa dengannya selepas bekas isteri membawa Rayyan tinggal dengan kekasihnya.

Ibu bapa mana yang tidak sedih dengan kehilangan anak. Begitu juga dengan kesedihan yang ditanggung oleh Hairil. Hairil meluahkan rasa sedihnya dengan pemergian anak kesayangannya di laman Facebook. Kesedihan dan tangisannya turut dikongsi netizen. Dia turut berkongsikan perbualannya dengan arwah yang mempunyai impian untuk membelikan kepadanya kereta dan rumah. 

ABAH tak sangka sayang. Inilah perjalanan terakhir adik tinggalkan Abah. Belum puas Abah nak jaga adik. Abah di uji dengan perpisahan. Abah tak dapat jumpa adik. Abah tak dapat  dengar dah suara adik whatsapp Abah. "Bila abah nk balik?". Dari kecil, Abah sayang adik sampai besar. Sampai bila-bila. Abah rindu nak cakap dengan adik. Sampai hati adik tiggalkan Abah”

“Tinggal yang ni saja la kenangan yang ada. Adik selalu mesej Abah malam-malam. Selepas kena block, adik tak mesej dah Abah. Adik selalu call Abah guna whatspp. Cerdik anak Abah ni.  Time Abah duduk di klinik gigi, adik rajin call sampai nak jumpa doktor pun tak sempat. Selepas ni tak ada  siapa dah nak Whatsapp Abah, tanya Abah sihat ke tidak, Abah buat apa. Dah tak ada.”

“Hanya sebahagian dari kebahagiaan yang adik bagi pada Abah. Walaupun Abah belum puas nak jaga adik, Abah sayang adik sangat-sangat. Kalau boleh Abah gantikan sengsara adik, Abah lakukan untuk anak Abah. Abah tak kuat nak lalui semua ini. Abah gagal jadi Abah yang baik. Abah harap adik tak marah Abah. Abah tetap sayang anak-anak Abah. 

Belum puas rasanya Abah nak melihat senyuman, ketawa, dan mesej-mesej adik. Itu saja kenangan yang Abah ada. Abah harap ini semua satu mmpi. Tapi apakan daya, hanya tubuh kaku yang Abah dapat. Kalau adik boleh dengar Abah, Abah sayang adik. Adik hadirlah dalam mimpi Abah sebab Abah tak puas lagi nak bersama adik”

“Abah nak tidur dah. Tapi Abah teringat senyuman adik tadi. Wangi bau adik, masih Abah dapat rasa. Kalau adik ada dekat dengan Abah ni, Abah jumpa adik dalam mimpi, okay. Nanti adik cerita kat Abah. Abah akan selalu ada untuk adik. Esok Abah pergi tengok adik tau. Adik kat sana dah happy, dan jangan lupakan Abah nanti. Adik tunggu Abah pergi esok tau.”

“Alhamdulillah semalam adik datang jugak dalam mimpi Abah. Adik senyum je ja dengan jubah putih adik tu. Walaupun tak cakap, adik senyum je kat Abah dengan kopiah adik. Terubat rasa rindu Abah. Dulu masa adik kecil, berak kencing adik Abah uruskan. Baju adik Abah basuh. Mungkin sebab tu rasa sayang Abah pada adik ni tak tahu nak cakap macam mana. Seronok adik datang semalam”

“Puasa pun tak lama dah, lepas tu dah nak raya. Masih ada ke kebahgiaan untuk kali ni. Please stop cry. Please. Siapa kata aku kuat. Aku memang  tak kuat. Belum puas aku nak rasa kasih sayang dia. Belum puas aku nak jaga dia. Banyak benda aku rancang untuk dia. Tapi tak sampai hajat aku tu. Hari lahir aku 05 Mac pun Yatt dh janji.”

Abah : Adik nak bagi hadiah apa untuk Abah birthday abah nanti?

Yatt: Abah nak apa?

Abah: Abah nak kereta dan nak rumah

Yatt: Nanti, bila uyat besar, uyat beli rumah, beli kereta bagi Abah.  Sekarang ni uyat  tak ada duit.

Ya Allah.Aku  tak boleh nak lupa apa pun janji kami berdua”






Sumber : Hans Van Dijik