"Ai? Nak masuk motif viral ke?' - Netizen menyampah dan kecam pasangan buat video karut untuk jadi femes

Loading...

Viral di media sosial video gelagat seorang gadis yang merengek manja kehilangan lipstick kegemarannya, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Video berdurasi 38 saat itu menunjuk gadis berkenaan yang memakai baju hitam dengan hashtag #kakymotormencari lipstik kegemarannya di dalam beg merah jambu, namun gagal menemuinya. 

BF: "Awak buat apa tu?" 

GF: "Cari lipstick," 

BF: "Awak letak mana tadi? Bukan dalam tu ke? Cuba tengok betul-betul."

GF: "Takde, ha tengok ni. Takde."

BF: "Ada la dalam ni. Cuba tengok, ada tak?"

GF: "Laaa.... manaaaaa?!" 

BF: "Alahai, lipstik je. Nanti cari..." 

GF: "HaAaaaAa.. lipstik tu, nak lipstik tu jugak. Mana nak cari? Haaaa...." 

BF: "Kita beli baru," 

GF: "Asyik rekod je, tak payah laaa... Lipstik dah la hilang,"


Sementara itu di ruangan komen, netizen meluahkan rasa menyampah dan dan percaya video itu sengaja dirakam bagi tujuan untuk mempopularkan diri dengan cara segera, biarpun terpaksa memalukan diri. Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan mengapa pasangan itu berdua-duaan di lokasi tersebut. 

"Aku perhati je Malaysia ni. Kalau nak jadi popular dan kaya, mesti kena jadi bodoh dan akhirnya melahirkan manusia-manusia seperti ini. Maaf cakap la," kata Mohammad Firdaus Zakaria. 

"Eh, mengada-ngada macam babinya. Lipstik tertinggal je pun, bukan asam keping yang tertinggal. Puih," kata JJ El Kazuto. 

"Allahuakbar, asyik-asyik perempuan saja kena viral. Di manakah maruah kamu? Yang lelaki pun, sepatutnya kamu menjadi pelindung wanita, bukan perosak wanita. Allahuakbar, minta dijauhkanlah perangai begini dalam keturunanku," kata Syaurah Yumnaa. 

"Bila perempuan itu kata asyik rekod saja, nampak macam BF dia lain macam. Saja rakam ke saja nak buat malu. Kemudian bila post di Facebook nak harap GF dia ini femes atau nak memalukan. Rasanya dia salah cari lelaki. Lelaki kalau sayangkan dia, takkan memalukan pasangan dia. Ini pendapat saja," kata Asri Aziman. 

Terdahulu, viral video 'Awek Cendol' yang juga mengundang pelbagai reaksi negatif netizen sehingga ada yang mengecam pasangan itu saja meraih publisiti murahan. Bertambah teruk dikecam apabila pasangan itu dijemput ke program Motif Viral. 


BERITA BERKAITAN: