'Apsal orang Sabah sebut istighfar tak lengkap? Astaga, astaga..' - soal rakannya dari Semenanjung, baca penjelasan lelaki ini


Lain negeri, lain dialek bahasa dan percakapannya yang adakalanya perkataan-perkataan yang biasa kita gunakan, membawa maksud yang berlainan. Jadi, apabila berkunjung ke negeri orang, usahlah terasa, sebaliknya bertanya sekiranya tidak memahami maksud perkataan yang diucapkan oleh penduduk tempatan. 

Sebenarnya, mempelajari bahasa kaum-kaum lain yang ada di Malaysia ini menarik dan memberi kelebihan pada diri kita sendiri di mana dengan mudahnya kita boleh berkomunikasi dengan orang lain dalam bahasa mereka. Sebab itu, belajar dan cuba kuasai bahasa kaum-kaum yang lain. Semoga perkongsian dari Jib Razif ini bermanfaat untuk semua. 

DULU, ada seorang kawan ustaz dari Semenanjung yang baru posting, dia kata dengan aku. 

"Apsal orang Sabah sebut istighfar tak lengkap? 'Astaga, Astaga'," soalnya sambil monyok menunjukkan muka tak senang. Almaklumlah dia masih baru dan tidak tahu yang perkataan itu sudah menjadi bahasa Sabah, bukan bahasa Arab. 

Di Sabah ini yang uniknya, ada bahasa sesetengah suku kaum diangkat menjadi bahasa negeri. Kadang-kadang dicedok dari bahasa Dusun, Bajau, Brunei, malah Suluk dan Bugis. Pantai Barat dan Pantai Timur pun ada beza sikit 'slang'nya. Begitulah Sabahan, well mix and blended. 

'Astaga' boleh digunakan dalam beberapa konteks dan tidak boleh digunakan sebarangan. Biasanya untuk menunjuk rasa terkejut, kagum, menempelak dan lain-lain. Sebagai contoh:

TERKEJUT: "Astagaaa!! Babi punya kucing!!" terkejut gara-gara kucing melompat dari siling masa dalam tandas ketika tengah malam. 

MENEMPELAK: "Astaga, bida' juga mekapanmu ni, macam hantu sinah-sinah". BM P Ramlee = "Apa punya mekap daa, serupa hantu berak kapur daaa.." 

TERKEJUT DAN KAGUM: "Astagaaaa, rupa-rupanya si Sajat itu urang kampung air kan? Wainaaa kawanku saitu main mekap-mekap masa kecik." 

TEKANAN: "Astagaaaa! Babbal juga kau ni. Kira pacutan pun ko tida tauuu?? Tulak baitu halaju akhir sama halaju awal terus kau bahagi sama masa. Buduhhh!!!" 

MENYESAL: "Astagaaa, naik pula numbul karita sa first prize kaan?? Kenapalah sa buduh-buduh pigi pasang numbul karita si boss. Silaka!" 

MENGOLOK: "Astaga, hansemnya bapamu ni kaan masa dia muda-muda. Kenapa muka kau lain??" 

MENUNJUK CARA: "Astagaa, begini bah", lebih kurang begitulah baitu.

Apa pun, jangan ambil hati kalau pertuturan orang Sabah kedengaran agak sedikit pelik dan nampak kasar. Teda kasar baitu. Itu masih kira level berbudi bahasa kalau di sini. 

Sumber: Jib Razif