Berang ditegur ceroboh koc wanita, pasangan warga asing tunjuk jari tengah


Isu koc khas untuk wanita yang sering diceroboh penumpang lelaki bukanlah isu baru. Pelbagai peringatan telah diberikan, namun masih ada yang gagal mematuhinya. 

Baru-baru ini viral di media sosial gambar seorang lelaki dan pasangannya menunjukkan jari tengah terhadap pengadu yang merakam gambar mereka. 

Gambar yang dimuat naik Indra Kumari di Facebooknya baru-baru ini menjelaskan, pasangan kepada wanita itu telah melanggar peraturan masuk ke koc wanita tanpa mengendahkan peringatan yang telah diberi. 

"Lovely behavior from Arabs in Malaysia. Breaking rules by sitting in a women's only coach," tulis Indra Kumari.


Gambar itu mencetuskan kemarahan netizen yang menganggap pasangan itu bukan sahaja biadab, malah kurang ajar kerana tidak boleh menerima teguran yang diberi. 

"Isu ladies coach ini selalu dipandang remeh. Ada sebab mengapa wujudnya ladies coach. We don't ask much, banyak lagi coach di situ. So priority first. The coach is for women," kata @strongsoul___

Namun bagi sesetengah netizen pula berpandangan, hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana masih ada banyak lagi tempat kosong dan pengadu sepatutnya membiarkan lelaki itu duduk di situ tanpa menegurnya. 




Malangnya, ramai netizen kesal dengan sikap tidak bertimbang rasa dengan mereka yang berpandangan seperti itu seperti selamba hantu raya dia nak merampas hak yang telah disediakan untuk golongan wanita.