'Bila terkena bentan, rasa sejuk menggigil' - Amalkan 'Sushi Garlic' untuk rawat masalah bentan ketika berpantang


Amalan berpantang selepas bersalin adalah perlu bagi memulihkan kembali tubuh badan si ibu. Banyak kebaikannya namun adakalanya si ibu terlanggar pantang lalu mendatangkan masalah bentan.

Bila terkena bentan, si ibu akan rasa sakit urat dan badan terasa sejuk. Pakailah baju sejuk berapa lapis atau selimut tebal macam mana pun tetap akan rasa sejuk menggigil.

Jadi, bagaimana mahu merawat masalah bentan ini? Perunding Jamu, Norliza Mohd Salleh, berkongsi petuanya dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.

Malam ini tiba-tiba ada yang mengadu terkena bentan, badan menggigil sejuk sampai gigi berlaga katanya, dan badan berbisa-bisa. Kasihan sangat, jadi saya pun kongsikan tips yang pernah dikongsikan sebelum ini. 

Alang-alang itu juga, saya kongsikan kepada anda semua. InsyaAllah moga bermanfaat. Ini penyediaan dan tips tradisional bagi mengurangkan gejala tersebut. Cara moden mungkin lain pula caranya. 

AL-KISAH ramai yang mengadu terkena bentan ketika berada dalam pantang. Hari ini kita nak bagi tips untuk mengurangkan masalah bentan. 

Ini hanyalah tips atau amalan orang lama, cara tradisional. Tetapi jika cara moden, mungkin lain pula caranya dan ini hanyalah salah satu ikhtiar saja untuk mengurangkan gejala tersebut. Apa-apa pun jika berlarutan, mohon rujuk pada yang pakar.

Kita panggil sushi garlic, tetapi bukan dari beras pulut. Guna beras nasi biasa sahaja tau. 

BAHAN-BAHAN
  1. Nasi panas (lembik sikit)
  2. Beberapa ulas bawang putih
Caranya amatlah mudah. Bawang putih dibakar/sangai dulu. Tak perlu bakar sampai rentung, nanti pahit pula jadinya. Selepas bakar, masukkan seulas yang sudah dibakar itu ke dalam nasi dan dikepalkan. 

Dah siap, terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan selawat. InsyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan. Bentan jangan dibuat main-main, merana jiwa dan raga. 








Share kepada wanita di luar sana, jika ada yang sedang berpantang. InsyaAllah moga bermanfaat.