Cuba tanya pada surirumah yang stress/depresi ini, pernah tak rasa nak bunuh diri?

Loading...

Menjadi surirumah bukan semudah yang disangkakan lebih-lebih lagi jika ada anak kecil. Namun entah mengapa persepsi masyarakat terhadap surirumah sukar diubah di mana mereka menganggap surirumah kebanyakannya goyang kaki dan beruntung dapat duduk di rumah ditanggung suami. 

Tetapi pernahkah bertanya kepada mereka, apa yang mereka pendam, lalui dan mahukan? Jika ada pun, bukan semua yang dijawab dengan jujur dan kebanyakannya ditelan dalam hati saja walaupun pahit. Sedangkan mereka tidak meminta banyak dari suami, hanya mahu suami memahami dan bersama-sama menggalas tanggungjawab. 

ISTERI surirumah biasanya lebih teruk tahap stress/depresi dalam dirinya. Lebih-lebih lagi yang menjaga anak kecil yang menempek dengannya 24/7 dan terperap saja di dalam rumah. Tidak perlu asyik nak condemn surirumah, kata mereka tak penat, goyang kaki, rehat-rehat bagai, setiap hari buat perkara yang sama. 

Motherhood routine, menghadap orang caci sana sini, masau ntuk diri sendiri jauh sekali. Biasanya akan ada satu perasaan yang terbuku dalam hati terlampau lama. Bila dah lama sangat, ia menjadi nanah. Faham-fahamlah rasanya bagaimana.
Perasaan rasa diri tak guna itu biasa. Nak beli barang, duit sendiri tak ada. Simpanan dan harga jauh sekali. Bila nampak kita membeli lebih sikit, mulalah ada mulut yang kata kita menyusahkan suami dan tak sedar diri itu hanya sekadar surirumah. 

Surirumah yang ada anak kecil lagilah. Nak makan, mandi, tidur semua tak menentu. Ikut rezeki mood anak hari itu macam mana. Orang lain dah mandi sampai tiga kali, surirumah ada yang sekali pun belum mandi. Lagi-lagi kalau anak jenis yang tak boleh berengang dari ibunya. Makan? Apa yang anak makan, itu sajalah kita sauk sekali biasanya. 

Jika dapat suami yang memahami, Alhamdulillah. Tak minta banyak, cukuplah suami faham dengan situasi, pinjam telinga, beri semangat dan jangan tambah serabut. Tolonglah hargai para isteri surirumah. Jangan buat dia seperti macai. 

Lebih teruk kalau dapat suami yang jenis lepas tangan. Isteri sakit atau penat atua emosi tak stabil semua suami buat tak tahu. Apa yang dia tahu hanya balik kerja dan menghadap telefon atau tv. Agak-agak bila dah bosan, dia keluar melepak dengan member. Balik tidur. 

Anak? Dia lepas semua tanggungjawab kepada isteri. Mana tidaknya timbul isu isteri bunuh diri, anak dikelar? Cuba tanya, suami buat apa? Jawapan yang tepat, suaminya tunggul.

Sebab apa surirumah biasa boleh jadi sampai teruk begini? Dia tak ada kawan, social life zero. Hidup dia diabdikan untuk anak dan suami. Kalau suami tunggul, itulah sebab dia menjadi semakin teruk. Sakit, penat dan dia tiada cuti. 

Kalau suami rasa diri itu ada rasa simpati, berilah masa untuk isteri menikmati 'me-time'. Tak lama, 15 minit pun isteri dah hargai sangat. Suami tolonglah jaga anak sekejap dan buat apa yang patut di rumah. 

The struggle is real. Tak payah sembang kata isteri mengada-ngada. Cuba tanya pada surirumah yang stress/depresi ini, pernah tak rasa nak bunuh diri? Betul, normal sebab rasa diri itu tak guna dan menyusahkan orang. 

Suami, jalankan tanggungjawab anda. Tunjukkan yang awak menghargai isteri dan ibu kepada anak-anak awak. Isteri itu manusia biasa, bukannya robot, orang gaji mahupun macai yang tiada perasaan. Suami boleh ada banyak time off kan? Lepak dengan member, main game berjam lamanya. Isteri itu, awak bagi tak? Kalau dia minta tolong jaga anak lima minit pun payah. Rasa-rasa diri itu layak ke menjadi suami dan ayah?

Keluarga yang bahagia memang bermula dari seorang ibu dan isteri yang gembira fizikal dan mental. Siapa yang bertanggungjawab buat si ibu dan isteri ini gembira? Ketua keluarga itu sendiri.  

Bila ada lompong dalam keluarga itu, check balik ketua keluarganya. Bila saling melengkapi, masing-masing lengkapkan mana yang kurang, insyaAllah bahagia dunia akhirat. 

Sumber: Farah Nunaa