'Dato' delete la gambar ni, buruk imej nanti' - Netizen
Loading...
"Alhamdulillah selesai sudah majlis kesyukuran dan doa selamat sempena pindah rumah dan kandungan isteri saya mengijak 7 bulan.
"Walaupun sebelum ini banyak mulut cakap saya ini tak beragama sebab tak buat doa selamat dan macam-macam lagi sedangkan semua sudah kita rancang dari awal, cuma menunggu tarikh sesuai.
"Apa pun terima kasih kepada anak-anak tahfiz sudi meraikan rumah baru saya dan tetamu yang diundang seramai 2,000 orang. Minta maaf terlirang layan, harap-harap semua puas hati. Thanks @rebeccarnualislamahmad and suami kerana sudi datang di @palacealiffsyukri," tulisnya di Instagram.
Bagaimanapun, timbul persoalan netizen ialah mengapa Rebecca memegang tangan Aliff dan menganggap tindakan itu tidak manis dan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menimbulkan tanggapan yang tidak baik.
Ada segelintir netizen berpendapat berkemungkinan Aliff tidak perasan insiden yang berlaku dalam gambar tersebut sebelum memuat naik gambar itu ke Instagram. Tidak kurang juga ada netizen yang menggesa Aliff memadamkan gambar tersebut.
"Mati-mati ingat Datin Shahida tadi. Bila tengok balik, eh? Rebecca. Dah kenapa pegang tangan tu?" kata @diela_riz.
"Sepatutnya isteri di sebelah yang paut tangan. Ini dah buat netizen keliru dengan kapsyen Dato. Rasanya Rebecca tak perlu kot paut tangan begitu. Patutnya di sebelah suami. Isteri Dato Aliff pula di sebelah kiri. Haishh! Memang motif nak minta kecam saja," kata @nur_leesa.
Meskipun sudah ramai netizen yang mendesak untuk memadamkan gambar itu, namun masih tiada sebarang respon dari Aliff.
Post a Comment