'Dia adalah 'benda' yang menyerupai ayah aku'


Cerita ini berlaku dua tahun lepas, pada waktu maghrib. Selalu orang kata, bila maghrib macam-macam 'benda' boleh keluar. Tetapi bagi aku, tak kisahlah bila-bila pun, bila 'benda' itu nak keluar, dia akan keluar juga. 

Masa tu aku kat kampung, rumah nenek aku. Jujur aku katakan, rumah nenek aku memang keras sikit. Macam-macam jenis jin ada, termasuklah jin budak. Tetapi jin budak aku tak nak cerita la, ini cerita lain. 

Nak dijadikan cerita, masa itu waktu maghrib, ayah aku sedang mencanai besi. Aku pula masa tu ada kat ruang tamu bersama dua orang sepupu aku. Masa ayah tengah mencanai besi, dia pakai seluar track, pakai topi dan tidak berbaju. Panas kot, sebab itu dia tak nak pakai baju. Okey, tak apalah. 

Kemudian aku masa tu nak solat maghrib. Jadi aku masuk tandas nak ambil wudhu. Masa aku tengah khusyuk berwudhu, aku nampak ayah aku masuk toilet satu lagi (jamban dengan paip berwudhu berada dalam satu toilet tetapi tempat lain-lain. 

Jadi time aku berwudhu, aku curi masa sikit untuk tolehkan kepala aku sambil perhatikan ayah aku masuk jamban. Aku peliklah, semacam je ayah aku masuk toilet tu. Dia punya jalan tu slow je, kepala tunduk, senyap dan tak berkata apa-apa. 

Aku sambung habiskan wudhu aku. Bila dah selesai, aku lalulah tepi jamban itu tadi. MasyaAllah, terkejutlah sia. Kau tahu apa yang aku nampak? Aku tengok pintu jamban tadi terbuka dengan luasnya! Macam tak ada orang pun masuk.

Masalahnya, kalau ye pun ayah aku dah siap buang hajat, kenapa aku tak nampak dia keluar? Like aku nampak dia masuk tapi tak nampak pun dia keluar. Aku cuak gila beb! Selepas tu aku pergi ruang tamu, tanya sepupu aku. 

"Korang tadi ada nampak bapak aku masuk dalam tak?" 

"Takde pun? Ayah kau dari tadi kat luar tengah canai besi tak siap-siap," jawab diorang. 

So aku dalam hati, "Ah siotnya, habis tadi siapa yang masuk toilet?"

So aku termenung kejap. Orang yang masuk toilet tadi betul-betul rupa dia macam ayah aku. Warna kulit, pakaian dia dan muka dia, memang sama, tak tipu! Then diorang tanya kenapa, aku jawablah tadi aku nampak ayah aku masuk toilet. Diorang pun pelik, memang ayah aku tak ada masuk pun dalam rumah time tu. 

So, itulah kejadian pertama aku diganggu. Aku tak sure 'benda' apa yang masuk dalam toilet. Mungkin pada korang macam biasa, tetapi pengalaman inilah buat aku rasa nak gila weyh! Apa yang pasti, dia adalah 'benda' yang menyerupai ayah aku. 

Kiriman dari: Amira Iwana Anuar

Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com