'Dia bergegas turun selamatkan anak anjing hampir lemas dalam longkang' - Netizen puji sikap prihatin wanita ini

Loading...

Viral di media sosial, seorang wanita sanggup turun ke longkang untuk menyelamatkan seekor anak anjing yang terjatuh di dalamnya.

Gambar-gambar yang dimuat naik di Facebook oleh Zairul Annuar pada 16 April lalu berkata, anak anjing itu hampir lemas dan isterinya, Cici, segera turun ke dalam longkang itu dan menyelamatkan haiwan berkenaan.

"Mak saya melaporkan. Ada anak anjing jatuh ke dalam longkang. Zaujah bergegas turun menyelamatkan anak anjing itu tanpa berfikir panjang. 

"Anak anjing itu hampir lemas dan menggigil kedinginan. Diselimutkan dan diberi makan. Kemudian Zaujah samak kaki dan tangan," katanya. 

Apa yang menariknya, Zairul turut menceritakan ada beberapa ekor anjing dewasa yang datang dan menghadap rumah mereka sambil menunggu di luar. Katanya, mungkin haiwan itu mahu mengucapkan 'terima kasih'. 

"Tak lama kemudian, datang beberapa ekor anjing dewasa menghadap rumah sambil menunggu di luar beberapa lama. Mungkin nak mengucapkan terima kasih mengikut cara mereka. 

"Lantas mak saya pun kata, "Okeylah. Sama-sama"," katanya. 












Menurut Cici, dia kasihan melihat haiwan kecil itu dan dia hanya membantu apa yang termampu dan berharap anak anjing itu selamat kembali pada ibunya. 

"Kasihan dia kecil lagi, cuma itu yang boleh saya tolong. Mudah-mudahan dia selamat sampai kembali pada ibu dia. Tak sampai hati tengok dia menggigil dalam longkang yang airnya deras dan dalam," katanya. 

Sementara itu di media sosial, netizen kagum dan memuji tindakan pantas wanita itu menyelamatkan anak anjing yang hampir mati lemas. 

"She as a very kind heart and knows what she is doing. Very proud of your kind act," - @AdamAbdullah75

"Yang pasti niat, dapat pahala. Jangan pula ada mulut-mulut puaka di luar itu kata haramlah, najislah," - Rozaly Ahmad.