'Dia lemas depan aku' - Lagi 7 bulan nak nikah, bakal suami lemas di depan mata

Loading...

Majlis pernikahan dan persandingan merupakan peristiwa terindah yang ditunggu oleh bakal pengantin. Pelbagai persiapan yang perlu dilakukan untuk melengkapkan hari bersejarah itu. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing berdebar menanti hari bahagia mereka. 

Tetapi, dalam menanti detik yang indah itu, tidak sesiapa yang menyangka perkara yang tidak diingini akan berlaku lebih-lebih lagi apabila pasangan yang tersayang pergi meninggalkan kita di depan mata.

Perkahwinan mereka bakal berlangsung di dalam masa beberapa bulan lagi, namun segalanya musnah. Qamarina dan pasangannya telah bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan Disember, tetapi Allah lebih menyayangi pasangannya. Arwah Muhammad Ridzuan ditemui mati lemas ketika mandi di Air Terjun Utama, Santuari Ikan Sungai Chilling.  

Melalui Instastory yang dikongsikan Qamarina, arwah lemas di depan matanya. Menurut sumber yang dipetik dari Harian Metro, arwah dikatakan terjun dari atas batu yang tinggi dan tidak timbul sehingga dia ditemui mati lemas.


Qamarina juga telah memuatnaik perbualannya di WhatsApp dengan pasangannya yang bercadang untuk menghadiri kursus pra perkahwinan. Dia berasa amat sedih dan bertanyakan kemana pasangannya itu pergi sedangkan kursus telah didaftarkan.  Bagi dirinya, terlalu besar dugaan yang telah diberikan kepadanya. Terkini, Qamarina telah menutup akaun media sosialnya. 


“B, Ingat tak? Kau dah janji tau. Bangunlah!! Ya Allah!”

“Dah daftar kursus kahwin...But where are you,b?”


“Besarnya dugaan kau, Ya Allah.”

“7 month more we are getting married. Allahuakbar”

“Okay. Disebabkan ramai sangat tanya arwah kenapa? Arwah meninggal sebab lemas dia air terjun chilling, Kuala Kubu Bharu. Kitorang pergi bersama. Dia pergi depan mata aku. Dia lemas depan aku, can you imagine that? Aku rindu arwah sesangat.”



Menurut abang kepada Qamarina, segala perancangan untuk menyatukan adiknya dengan Muhammad Ridzuan sudah dibuat dan dijangka melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini dan pada majlis tersebut akan diadakan majlis bertunang dan bernikah.