'Dia rasa macam ada 'orang' lalu di sebelah dia...'

Loading...

Assalamualaikum min! Tolong hide profile saya eh.

Okey, ini kisah seram yang terjadi kat aku sepanjang aku duduk asrama. Aku duduk kejap je dari form 1 sampai form 3. Hahaha! Ini kisah sebuah SBP di Malaysia, bukanlah SBP yang hebat-hebat tu ha, ini yang biasa-biasa saja ni.

Okey cerita dia begini. Time tu aku form 1, dah hujung tahun la satu dorm ada enam katil double decker. Pastu, malam tu memang rancaklah dorm floor aku bising. Maklumlah nak balik bermalam kan. Pastu announcement kata nak baca Al Mulk. Okey la satu dorm pun buat halaqah tak tutup sangat pun haa aurat balut dengan towel or selimut ja masing masing malas. Pastu Al Mulk pun start.

Selepas 3 Qul la baru betul-betul baca Al Mulk memang asrama diam la kan. Tiba-tiba tengah-tengah bacaan tu ada 'benda' lalu kat tingkap floor. Aku duduk tak bertentangan sangat dengan tingkap tu (btw tingkap tu macam kalau bukak nampaklah laluan orang lalu tu haa, laluan utama floor dan bertentangan dengan dorm depan).

2 senior aku tu, muka memang terkejut beruk la (diorang paling rancak malam tu bersembang bergelak sakan). Pastu dengan muka pucatnya diorang tanya satu sama lain.

"Nampak tak?"

Dah tentulah cakap nampak. Pastu diorang tanya aku pulak, aku pun dah cuak dah haa. Aku angguk je la. Habis saja Al Mulk semua, satu dorm terketar-ketar. Keluar dorm, tanya dorm lain nampak tak? Pastu semua kata tak nampak. Pastu semua pergi toilet sama-sama. Tinggallah aku dengan dormmate aku yang form 1 jugak tu. Kami end up tidur kat dorm lain sebab takut sangat.

Kisah kedua ini terjadi time aku form 2. Hish! Ini yang paling scary la sebab aku sendiri yang kena direct, kan.

So malam tu prep malam habis awal sebab girls ni semua nak tengok AJL, Aku dengan kawan aku ni cam not interested sangatlah. Tapi asrama gelap ja, kami pulak duduk floor paling atas. Memang gelap lagi. So nak masuklah bilik tv tu, bukak-bukak pintu memang tak ada ruang dah nak letak bontot kami.

So kami give up, kami naik juga dorm. Itu pun sebab nampak senior dorm aku naik. Bila dah naik tu, aku temankan sekejap kawan aku buka lampu dorm dia. Dorm kami bersebelahan je dan aku terus pergi ke dorm aku. Memang senior (Kak A) aku ada.

Pastu aku tukar pakaian semua, kawan aku ni masuklah dorm aku ikut pintu belakang. Kak A ini pula keluar ikut pintu belakang (sebab katil dia sebelah pintu sahaja). Right after senior aku keluar, aku dengan kawan aku dengar bunyi kucing mengigau.

Kawan aku ni peminat kucing, so dia tak fikir apa dan dia menyahut. Kemudian dia balas. Tiga kali dah 'kucing' itu dah tak balas balik, kami pun macam 'Eh?". Pastu kami dua cuaklah. Aku pun positif sangat ha, cakap tak ada apa-apa kot, kan.

Malam itu aku tidur, kemudian tiba-tiba terjaga yang tak buka mata sangat. Pastu pintu depan dorm aku terhempas dengan kuat sangat sambil ada tiga ketukan. Ish! Aku pun apa lagi, cepat-cepat gerak kawan dorm aku tu cakap aku nak tidur dengan dia. Pastu alhamdulillah aku tidur tanpa masalah.

The next morning tu, aku pun cerita kat both of my friends apa yang jadi and kawan dorm aku tu cakap dia rasa mcm ada 'orang' lalu sebelah dia lepas aku tidur sekali dengan dia. Tetapi alhamdulillah selepas itu kami tak kena kacau apa dah.

Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com