'Direndam dalam air panas, sebelum dibersihkan dan dimasak' - Warga asing dikesan jual dan beli daging kucing/anjing di Johor dan Selangor

Loading...

1 April lalu, Persatuan Haiwan Malaysia mendakwa sekumpulan warga asing Vietnam dengan berani menjual daging anjing secara terbuka kepada rakan-rakan senegara. 

Kejadian yang didakwa berlaku di Johor itu juga diiklankan penjualan dan pembelian daging haiwan tersebut di Facebook. 

Difahamkan, warga asing terbabit mendapat 'bekalannya' dari kawasan perumahan yang didiami oleh mereka sehingga menyebabkan jumlah kucing dan anjing terbiar berkurangan secara mendadak. 

"Banyak kes berlaku di negeri lain, tetapi tiada bukti atau liputan. Malaysia juga tiada undang-undang khusus untuk melarang memakan daging anjing dan kucing, melainkan mematikan haiwan tersebut dengan cara yang tidak berperikemanusiaan (kasar/zalim)," tulis laman berkenaan. 




Sementara itu, warga asing yang berasal dari Vietnam yang menetap di Selangor juga didakwa menjalankan aktiviti pemerdagangan daging kucing dalam pasaran gelap. 

"Aktiviti ini turut dilakukan oleh pendatang asing warga Vietnam di satu premis yang disembunyikan. Dalang utama penjualan daging kucing ini adalah oleh rakyat tempatan yang mengaut keuntungan ribuan ringgit sebulan, hasil kekejaman terhadap kucing dan anjing. 

"Amat meragukan, ada pihak yang mengaku adopter dan mahu menyelamatkan kucing membuat adoption kucing dalam jumlah yang banyak dan tidak masuk akal setiap kali mengadopt kucing. Rupa-rupanya ada aktiviti haram seperti ini berlaku," tulisnya. 

Kucing yang dibungkus untuk dibekalkan kepada pembeli yang menggemari daging kucing | FOTO PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

Kucing yang disimpan sementara untuk jualan bagi tujuan untuk dimakan. Kebanyakan kucing diadopt daripada rescuer dengan alasan menyayangi kucing. | FOTO PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

Beginilah cara pendatang asing mematikan kucing dengan merendamnya dalam air panas agar bulunya dapat dicabut dengan mudah dan menyeluruh | FOTO PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

Proses membuang bulu kucing selepas mati akibat direndam dalam air panas tanpa penyembelihan | FOTO PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

Kucing yang dilayur dengan api sebelum dipotong kecil untuk masakan | FOTO PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

Hidangan daging kucing yang sudah siap dimasak dan sedia untuk dimakan | FOTO PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

Ekoran itu, pihak persatuan berkenaan mendesak dan menuntut agar Kerajaan menggubal satu rang undang-undang agar meletakkan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing sebagai haiwan bukan makanan dan dilarang membunuhnya untuk dimakan di negara ini. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pemerdagangan daging haiwan peliharaan ini diminta tampil berikan maklumat kepada Persatuan Haiwan Malaysia )malaysiaanimal@gmail.com.